Wednesday, March 18, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN MELAKA 2015 (24.02.2015)

Hari kedua pemantauan PLN Melaka diteruskan dengan beberapa sukan iaitu pelayaran, menembak, gimnastik, gimrama, angkat berat, tinju, renang, lawn bowls, wushu, taekwondo dan tenpin boling.

1. Sukan Pelayaran
Terdapat seramai 35 atlet dalam program dan latihan dijalankan sebanyak 6 kali seminggu. Beberapa teguran dibuat seperti penyediaan pelan periodisasi dan juga perancangan ujian kecergasan dan spesifik. 

2. Sukan Menembak
Manakala bagi sukan menembak seramai 18 atlet  berada di dalam ‎program. Seorang JPM dilantik untuk mengendalikan program latihan dan kehadiran adalah memuaskan. Ketika lawatan, Pegawai ISN, Pn. Huda turut hadir bersama. Ujian kecergasan dan sesi psikologi akan dijalankan dalam bulan Mac dimana pada setiap hari sabtu latihan kecergasan dijalankan. 

3. Sukan Gimnastik
18 orang atlet dibawah program sukan gimnastik‎. Latihan dijalankan 6 kali seminggu. dan kehadiran adalah memuaskan.

4. Sukan Gimrama
Seramai 28 org atlet dalam program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan latihan. 

4. Sukan Angkat Berat
Seramai 16 atlet dibawa program. 2 JSM telah diantik untuk mengendalikan program latihan. Dilaporkan bahawa di pusat PPS mempunyai 20 orang atlet. 

5. Sukan Tinju
Seramai ‎ 17 atlet dibawah program. Seorang JSM dilantik untuk mengendalikan latihan yang dijalankan di SMK Tun Tua.  Latihan pada hari Sabtu dan Ahad dijalankan di Stadium Hang Jebat (ring). JSM akan menyediakan pelan periodisasi dan perancangan  ujian kecergasan dan ujian spesifik. 

6. Sukan Lawn Bowl
2 JSM telah dilantik untuk mengendalikan program latihan. Seramai 28 atlet dalam program dan latihan dijalankan 4 kali seminggu. Sabtu dan ahad latihan dijalankan pagi dan petang. JSM akan memulakan program bawa 12 tahun. JSM akan menyediakan pelan periodisasi dan juga perancangan Ujian kecergasaan dan spesifik.

7. Sukan Akuatik Renang
‎Latihan dijalankan 6 kali seminggu. Seramai 63 atlet dibawa program dan seorang JSM serta JLN dilantik untuk mengendalikan program. 

8.‎ Sukan Wushu
Seramai 58 orang dibawah program. 2 JSM dilantik untuk mengendalikan program latihan. Kehadiran atlet adalah memuaskan dan latihan dijalankan sebanyak 5 kali seminggu.

9. Sukan Taekwondo
Jumlah atlet dalam program ialah seramai 21 orang. 2 JSM dilantik untuk menjalankan program latihan. JSM akan sediakan pelan periodisasi dan perancangan ujian kecergasan dan spesifik. Latihan dijalankan 5 kali seminggu. 

‎10. Sukan Tenpin Boling
Seramai 38 orang atlet dipilih semasa Program Evaluation‎ 2015. Program akan mula pada bulan March. JSM memohon kenaikan sewa lane, kerana atlet dalam program ramai berbanding tahun lepas. 
LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/K PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.