Sunday, March 22, 2015

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON UTARA SIRI 1 / 2015 : 20 MAC 2015

Kejohanan Pelapis peringkat Zon Siri1/ 2015 dimulakan dengan mesyuarat pengurus pasukan untuk sukan Memanah, Tinju,Sepak Takraw,‎ Olahrga dan Angkat berat. Jumlah penyertaan adalah sebanyak 408 atlet ( 288 lelaki / 119 wanita) dan 57 org pegawai.

Sukan Memanah
Tempat : ‎Club House Kelab Memanah Perlis
Masa : 3.00 pm

Pertandingan akan dimulakan esok pada jam 8.00 pagi. Penyertaan adalah seramai 73 atlet (37 lelaki dan 36 wanita). Pertandingan selama 2 hari dan acara yg dipertandingkan ialah 50m, 30m dan 25m. Acara 60m dan 70m tidak dapt dijalankan kerana tiada penyertaan.

Sukan Angkat Berat
Tempat : Bilik Mesyuarat‎  Majlis Sukan Negeri Perlis
Masa : 4.30 petang

Pertandingan akan dimulakan esok jam 9.00 pagi. Pertandingan dijalankan sehari sahaja. Jumlah penyertaan adalah seramai 64 orang (52 lelaki/ 12 wanita)‎.

Sukan Olahraga
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Masa : 6.00 petang

Jumlah penyertaan adalah 148 atlet (77 lelaki,71 wanita). Pertandingan akan berlangsung selama sehari sahaja. 

Sukan Tinju
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Masa : ‎8.30 malam

Jumlah penyertaan adalah sebanyak 45 atlet lelaki. Pertandingan dijalankan selama 2 hari. Pegawai perubatan turut disediakan. Dari segi persiapan tempat pertandingan tiada masalah.  
Sukan Sepak Takraw
Tempat : Bilik Mesyuarat MSN Perlis
Masa : 8.30 Malam

Jumlah penyertaan ialah seramai 78 org atlet lelaki. Pertandingan akan dijalankan selama 2 hari. Dari segi persiapan tempat pertandingan juga tiada masalah. Pertandingan akan dimulakan esok pada jam 9.00 pagi.

Pecahan Penyertaan atlet mengikut negeri ialah seperti berikut;
Perlis - 137 atlet ( 98L,39W)
Kedah - 141atlet (93 L,44P)
P.Pinang ‎- 130 atlet ( 93 L, 36P)
Penyertaan Pegawai seramai 57 orang ( 51 L, 6 W)

LAPORAN OLEH,
VIMALAN A/L PALANIAPPAN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.