Friday, March 20, 2015

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN FASA AKHIR 2015 - 2022 / 2023 : HARI KEEMPAT (19 MAC 2015)

Sukan Badminton
Tempat : Bilik Serindit, Casa 1, MSNM
Tarikh : 16 - 17 & 19 Mac 2015
Moderator : Tn Hj Zainal Abidin Rawop

Sukan Akuatik Renang 
Tempat : Bilik Merbok, Casa 2, MSNM
Tarikh : 16 - 19 Mac 2015
Moderator : Dr. Eliza Hafiz

Semalam merupakan hari terakhir Fasa Akhir Bengkel Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2022/2023 bagi sukan Akuatik Renang dan Badminton setelah empat hari bertungkus lumus menyiapkan penulisan blueprint bagi dua sukan tersebut. Penambahan serta pemurnian yang teliti serta telus dibuat melalui curahan idea individu yang terlibat. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada wakil daripada Persatuan Renang Amatur  Malaysia (ASUM) iaitu Cik Mae Chan dan En. Paul Birmingham, moderator Dr. Eliza hafiz serta wakil pegawai dari MSN iaitu Pn. Puah Pei Ling dan Mohd Dinie Suhami, wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) En. Kenny Goh dan Joanne Quay, moderator Tn. Hj. Zainal Abidin Rawop serta wakil pegawai MSN En. Ahmad Johari Wahab dan En. Ahmad Nor Zahin Mohamed Zain atas penglibatan mereka sepanjang bengkel Fasa Akhir ini berlangsung. Tidak dilupakan juga kepada individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung di dalam usaha ini.

Semoga melalui usaha ini, sukan di Malaysia dapat terus berkembang dan maju.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.