Wednesday, March 18, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN USPTN SELANGOR 2015 (25.02.2015)

Pemantauan PLN dan Audit Program USPTN Selangor Fasa 01/15 telah dan akan dilaksanakan bermula dari 25 - 27 Februari 2015. Berikut merupakan laporan ringkas pemantauan tersebut :

Sukan Terjun
PLN           : Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam
Jurulatih    : Rossarisham Roslan ( JPM )
                    Li Boxu ( JLN ) - Geran bantuan gaji lantikan MSN Selangor
Jumlah atlet : 20 atlet

1. Latihan dikendalikan oleh JPM dan dibantu oleh JLN.
2. Ketika pemantauan dijalankan 3 orang atlet sedang menjalani latihan. JPM memaklumkan latihan dijalankan 2 sesi 1 hari 6 hari seminggu. ( 12 sesi )
3. Tiada perkhidmatan ISN bagi sukan ini.
4. JPM memaklumkan berkaitan atlet tidak kekal lama dalam program. Apabila intensiti latihan semakin tinggi, ramai atlet menarik diri dari program.

Isu - isu
1. Spring board di dry gym tidak mencukupi. Hanya terdapat 1 spring board sahaja. USPTN Selangor telah membuat permohonan kepada Perbadanan Stadium.

Sukan Menembak
PLN           : Lapang Sasar Menembak Subang
Jurulatih     : Azmi Zakaria (JPM)
Jumlah atlet : 20 atlet

1. JPM mempunyai pelan periodisasi.
2. Latihan dijalankan 2 sesi 1 hari 6 hari seminggu. ( 12 sesi )
3. Tiada perkhidmatan ISN bagi sukan ini.

Isu - isu
1. Kekurangan peralatan terutamanya pistol, jaket dan glove merupakan isu utama. JPM memaklumkan kekurangan glove menyebabkan atlet menggunakan towel dan glove kain bagi menjalani latihan.
2. JPM mohon pembelian Competitive Electronic Prochrono Digital iaitu alat bagi mengukur kelajuan peluru memandangkan pistol dan rifle merupakan peralatan lama.

Sukan Angkat Berat
PLN           : PLN Batu 18 Hulu Langat
Jurulatih     : Naharudin Mahayudin ( JPM ) & Tamyiz Johari (JSM)
Jumlah atlet : 13 atlet

1. Dikendalikan oleh JPM Naharudin dan dibantu oleh JSM. JPM tinggal di PLN ini bagi menguruskan latihan dan PLN.
2. Latihan dijalankan 2 sesi 1 hari 5 hari seminggu ( 10 sesi )
3. PLN ini telah dibaikpulih sendiri oleh JPM dan JSM yang asalnya berada dalam keadaan usang
4. Ketika pemantauan dijalankan, USPTN Selangor telah mengadakan Klinik dan TID bagi sukan Angkat Berat di SK Lubuk Kelubi Hulu Langat dengan kerjasama dari Unit TID, ISN dan disertai oleh 300 orang murid sekolah bawah 12 tahun.

Isu - isu
1. Kekurangan set bar bawah 12 tahun dan bar wanita. Isu ini merupakan isu ketika pemantauan sebelum ini. Untuk makluman Pihak Cawangan telah membekalkan 1 set bar bawah 12 tahun.

Sukan Skuasy
PLN           : Astaka Petaling Jaya
Jurulatih     : Henry Tan ( JSM ) & Chang Chain Cheong (JSM)
Jumlah atlet : 34 atlet

1. PLN ini mempunyai 6 gelanggang dan 4 digunakan oleh USPTN Selangor
2. Latihan dilaksanakan - 2 sesi setiap hari latihan iaitu 5-7 petang untuk atlet senior (15-19) dan 7-9 malam untuk atlet junior (B 11 - 14).
3. Mendapat sokongan penuh dari Persatuan Skuasy Selangor.
4. Menjalankan ujian kecergasan pada setiap hari Khamis ( sekali setiap bulan ).
5. Ketika latihan 8 orang atlet menjalani latihan. JSM memaklumkan atlet lain dalam proses untuk menyertai Kejohanan CIMB Open yang akan berlangsung dari 26 Februari - 1 Mac 2015 di Bukit Jalil.

Isu - isu
1. JSM memaklumkan gelanggang tidak mencukupi bagi menampung pertambahan atlet.
2. Perancangan dari Persatuan untuk menggunakan servis dari ISN secara lebih kerap dan teratur.

Pemantauan akan bersambung pada hari kedua - 26 Februari 2015.
LAPORAN OLEH,
FAIRUL FADZLI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.