Sunday, March 22, 2015

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TENGAH SIRI 01/15 : 20 MAC 2015

Untuk makluman, Kejohanan Pelapis Peringkat Zon Siri 01/2015 akan berlangsung dari 20 - 22 Mac 2015 dengan Negeri Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah. Pada edisi kali ini, sebanyak 8 sukan akan dianjurkan oleh negeri tuan rumah. berikut adalah maklumat berkaitan venue, pegawai perhubungan dan tarikh kejohanan untuk makluman :

Sepertimana kelaziman, Mesyuarat Pengurus Pasukan juga telah diadakan pada hari ini ( 20 Mac 2015 ). Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan Mesyuarat Pengurus Pasukan :

Menembak
Tempat : Bilik Mesyuarat Lapang Sasar Subang
Masa    : 3.00 petang - 4.15 petang
  • Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet. Acara air rifle dan air pistol akan dijalankan serentak.
  • Penyertaan adalah seramai 38 orang meliputi pecahan 19 lelaki dan 19 wanita.
  • Kejohanan akan bermula pada 21 Mac 2015 pada jam 9.00 pagi dan dijangka tamat pada hari yang sama.
Sepaktakraw
Tempat : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor
Masa    : 4.30 petang - 5.00 petang
  • Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet. Hanya 2 negeri menyertai sukan ini iaitu Perak dan Selangor.
  • Penyertaan adalah seramai 40 orang.
  • Tiada penyertaan bagi kategori umur bawah 12 tahun
  • Kejohanan akan bermula pada 21 Mac 2015 pada jam 9.00 pagi
Terjun
Tempat : Bilik Mesyuarat PADE, Kompleks Akuatik Shah Alam
Masa    : 4.00 petang - 5.00 petang
  • Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet.
  • Penyertaan adalah seramai 30 orang bagi kategori umur 10 dan 12 tahun
  • Kejohanan akan bermula pada 21 Mac 2015 pada jam 9.00 pagi dan akan tamat pada hari yang sama.
Memanah
Tempat : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor
Masa    : 5.00 petang - 6.00 petang
  • Tiada sebarang isu berbangkit. Wilayah Persekutuan memohon pertambahan 2 atlet wanita memandangkan atlet tersebut tidak didaftarkan di dalam borang pendaftaran.Mesyuarat bersetuju dan mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri.
  • Seramai 47 atlet akan menyertai kejohanan ini yang meliputi 28 atlet lelaki dan 19 atlet wanita
  • Kejohanan akan bermula pada 21 Mac 2015 dengan sightest pada jam 9.00 pagi diikuti dengan acara pertama bagi kategori bawah 12 tahun pada jam 10.00 pagi
Angkat Berat
Tempat : Bilik Mesyuarat SUKSES, MSN Selangor
Masa    : 6.00 petang - 7.00 malam
  • Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri.
  • Seramai 32 atlet akan menyertai kejohanan ini yang meliputi 24 atlet lelaki dan 8 atlet wanita
  • Kejohanan akan bermula dengan timbang berat badan pada jam 7.00 pagi diikuti dengan acara pertama bagi kategori bawah 12 tahun pada jam 9.00 pagi.
  • Kejohanan dijangka menutup tirai pada 21 Mac 2105 memandangkan jumlah penyertaan seperti di atas.
Tinju
Tempat : Bilik Seminar , MSN Perak
Masa    : 5.15 petang - 6.00 petang
  • Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet. 2 negeri di bawah PLN menyertai sukan ini iaitu Perak dan Selangor sementara Wilayah Persekutuan di bawah MSN Wilayah Persekutuan.
  • Penyertaan adalah seramai 34 orang.
  • Kejohanan akan bermula dengan timbang berat badan pada jam 8.00 pagi dan acara pertama akan berlangsung pada jam 2.00 petang.
2 sukan iaitu Sukan Olahraga dan Gimnastik akan menjalankan Mesyuarat Pengurus Pasukan pada 21 Mac 2015.Sebanyak 329 orang atlet akan berentap dalam 8 sukan yang akan dipertandingkan. Jumlah teknikal terlibat yang mambantu kejohanan ini ialah seramai 114 orang. Selamat bertanding kepada semua.

Sekian laporan hari pertama dari Shah Alam, Selangor


LAPORAN OLEH,
FAIRUL FADZLI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.