Wednesday, March 18, 2015

AUDIT PROGRAM DAN PEMANTAUAN PLN KELANTAN 2015 (24.02.2015)

Hari kedua pemantauan dan audit 8 fail USPTN Kelantan telah dijalankan pada 24/2/2015 iaitu bermula dengan audit 8 fail dan diikuti dengan sukan tinju, angkat berat, memanah, wushu dan skuasy. Berikut adalah laporan ringkas mengikut sukan:-

Tempat : USPTN Kelantan
Kehadiran : Pn. Nazlin Shima Rosli, Cik Fadilah, Pn. Rita Dan Pn Sofia

Isu/ Makluman
1. Maklumat pusat latihan : Tidak dikemas kini dan kurang lengkap.
2. Maklumat/ data jurulatih : lengkap, mempunyai profile jurulatih sahaja tetapi tidak dikemaskini, surat lantikan dan kontrak jurulatih disimpan di dalam fail peribadi jurulatih masing-masing
3. Laporan bulanan : lengkap dan bayaran elaun JSM mengikut laporan yang dihantar
4. Periodisasi : Semua sukan lengkap kecuali sukan wushu dan tenis. Sukan-sukan lain sediakan oleh JPM.
5. Maklumat data sains sukan : terdapat laporan dan keputusan ujian yang dijalankan oleh pihak ISN/ USM
6. Maklumat atlet/ prestasi : lengkap
7. Takwim tahunan : perancangan tahunan USPTN tiada, hanya mempunyai takwim kejohanan mengikut sukan sahaja.
8. Inventori peralatan : barang yang diterima direkod dan disimpan di dalam fail
9. Temasya sukma: lengkap dari tahun 2012 hingga 2014

Rumusan : perlu dikemaskini dan penambahbaikan susunan maklumat/ data semua fail mestilah mengikut abjad supaya lebih tersusun dan mudah untuk membuat rujukan.

Sukan: Tinju
Tempat : Smk. Tiang Chandi, Pasir Mas, Kelantan

Isu/ Makluman : 
1. Pusat latihan telah pulih sepenuhnya selepas terkena banjir
2. Jurulatih memaklumkan banyak glove rosak kerana ditenggelami banjir dan PPN telah mohon untuk pembelian peralatan baru seperti glove dan tali skipping
2. Penambahan atlet baru selepas program TID
3. Jurulatih memaklumkan sekiranya tiada pertandingan atlet akan menyertai pertandingan muaythai untuk mengekalkan tahap kecergasan.

Sukan : Angkat Berat
Tempat : Smk.Tiang Chandi

Isu/ Makluman
1. Ms Negeri telah mendahulukan bantuan untuk bina 3 platform yang telah rosak akibat banjir
2. Platform tidak memcukupi untuk latihan kerana atlet sangat ramai termasuk program PPS.
3. Sesi latihan 3 hingga 5 pm program PPS dan 5-6ptg program PLN
4. Lewat terima laporan dan keputusan program TID daripada pusat satelit ISN
5. Seramai 15 orang atlet yang hadir dari program TID, atlet dipilih daripada pemantauan jurulatih semasa program TID berlangsung


Sukan : Memanah
Tempat : Smk Tiang Chandi

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan di padang sekolah berdekatan dengan jalan raya.
2. Tempat latihan baru dalam proses pemasangan padang (turf)
3. Mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibubapa.
4. Peralatan arrow tidak mencukupi 
5. Kehadiran atlet memuaskan
6. Jurulatih mohon gantian JPM dan JSM untuk program PPS
7. Seramai 34 orang atlet yang hadir dan 1 JSM
8. Cadangan kejohanan dalaman Sekolah Sains Pasir Puteh
9. Laporan program TID lambat diterima, jurulatih membuat pemilihan berdasarkan bentuk fizikal serta minat atlet yang hadir semasa program TID yang dijalankan.

Sukan : Wushu
Tempat : Dewan Persatuan Wushu Negeri Kelantan

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan di tingkat 4 bangunan kedai adalah hak milik persendirian persatuan  seķiranya ada penggunaan eletrik dan air anggaran bayaran dikenakan sebanyak rm40/ setiap bulan dibayar oleh jurulatih.
2. Kekurangan pertandingan, atlet kebanyakan menyertai persembahan melalui pihak pesatuan
3. Lewat terima laporan dan keputusan dari pihak satelit ISN

Sukan : Skuasy
Tempat: Bangunan JPP Kelantan 

Isu/ Makluman
1. Tempat latihan sementara sehingga PLN telah dibaikpulih sepenuhnya akibat banjir.
2. Pembelian peralatan mini gym untuk fitness telah dibuat.
3. Jurulatih memaklumkan bahawa bayaran rm72/ 1hari kutipan wang dari atlet serta jurulatih.
4. Lebih banyak berurusan dengan USM untuk ujian fizikal & spesifik kerana laporan yang diterima dari USM adalah lebih terperinci dan cepat.
5. Jurulatih memaklumkan bahawa prestasi atlet menurun setelah musim banjir dan hampir sebulan tiada latihan dijalankan.
6. Seorang atlet terpilih menyertai British Open bagi tahun 2015.
LAPORAN OLEH,
NAZLIN SHIMA
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.