Sunday, March 22, 2015

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON SELATAN SIRI 1/ 2015 : 20 MAC 2015

Hari Pertama (20 Mac 2015)

Kejohanan  Pelapis Peringkat Zon Selatan Siri 01/2015 bermula pada hari ini dan USPTN N. Sembilan merupakan tuan rumah bagi Siri 1/2015 Zon Selatan. USPTN N. Sembilan akan menganjurkan 7 sukan daripada 8 sukan yang telah ditetapkan oleh pihak Cawangan iaitu Sukan Angkat Berat, Sukan Akuatik (Terjun), Sukan Memanah, Sukan Menembak, Sukan  Olahraga, Sukan Sepaktakraw dan Sukan Tinju. Memandangkan pihak tuan rumah tidak mempunyai kemudahan gimnasium dan peralatan Sukan Gimnastik maka sukan tersebut tidak di pertandingkan.

Pada hari ini juga, Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi sukan yang akan dipertandingkan telah diadakan bagi menyelaraskan dan pengesahan penyertaan dari negeri terlibat kecuali Sukan Akuatik (Terjun) yang akan melaksanakan Mesyuarat tersebut pada esok jam 3:00 petang. Berikut adalah maklumat  berkaitan mesyuarat Pengurus Pasukan :

1. Sukan Angkat Berat
    Tempat : Bilik Mesyuarat MS Negeri 
    Masa : 5:00 petang


Isu Berbangkit
- Tiada sebarang isu berbangkit. 
- Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet.


2. Sukan Olahraga
    Tempat : Bilik Mesyuarat MS Negeri
    Masa : 5:00 petang


Isu Berbangkit
- Jurulatih memohon agar berat bola lontar peluru dikurangkan dari 5.45 kg ke 5 kg.  Kesemua jurulatih setuju dengan pertukaran walaubagaimana pun perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Teknikal pada esok pagi sebelum Acara bermula.
- Lempar Cakera tidak dapat dijalankan atas sebab faktor keselamatan (tiada jaring).

3. Sukan Menembak
    Tempat : Lapang Sasar Menembak Mantin
    Masa : 5:00 petang


Isu Berbangkit
- Tiada sebarang isu berbangkit. 
- Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet.

4. Sukan Memanah
    Tempat : Bilik Mesyuarat MS Negeri
    Masa : 8:30 malam

Isu Berbangkit
- Tiada sebarang isu berbangkit. 
- Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet.


5. Sukan Sepaktakraw
    Tempat : Bilik Mesyuarat MS Negeri
    Masa : 8:30 malam


Isu Berbangkit
- Tiada sebarang isu berbangkit. 
- Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet dan jadual pertandingan.

6. Sukan Tinju
    Tempat : Bilik Mesyuarat Kompleks Sukan Paroi
    Masa : 8:30 malam


Isu Berbangkit
- Tiada sebarang isu berbangkit. 
- Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet.

Berikut adalah penyertaan atlet dan pegawai selepas mesyuarat pengurus pasukan :

1. USPTN N. Sembilan
    - Atlet Lelaki : 69 atlet
    - Atlet Wanita : 30 atlet
    - Pegawai Lelaki : 106 orang
    - Pegawai Wanita : 33 orang

2. USPTN Melaka
    - Atlet Lelaki : 54 atlet
    - Atlet Wanita : 14 atlet
    - Pegawai Lelaki : 10 orang
    - Pegawai Wanita : 3 orang

3. USPTN Johor
    - Atlet Lelaki : 63 atlet
    - Atlet Wanita : 21 atlet
    - Pegawai Lelaki : 14 orang
    - Pegawai Wanita : 7 orang

4. SSNS SMK Za'ba
    - Atlet Lelaki : 8 atlet
    - Atlet Wanita : 5 orang
    - Pegawai Lelaki : 1 orang

5. PLN Olahraga Jelai
    - Atlet Lelaki : 3 atlet
    - Atlet Wanita : 8 atlet
    - Pegawai Lelaki : 1 orang

6. SMK Seri Pagi (Olahraga)
    - Atlet Lelaki : 7 atlet
    - Atlet Wanita : 13 atlet
    - Pegawai Lelaki : 1 orang

7. PLD Olahraga N. Sembilan (Unit Sukan JPN)
    - Atlet Lelaki : 13 atlet
    - Atlet Wanita : 13 atlet
    - Pegawai Lelaki : 1 orang

8. Johor SSTMI (Sepaktakraw)
    - Atlet Lelaki : 14 atlet
    - Pegawai Lelaki : 2 orang

Pertandingan bagi kesemua 6 sukan akan bermula esok jam 8:30 pagi.

Sekian laporan dari Paroi, N. Sembilan.

LAPORAN OLEH,
GIAM FOOK PANG
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.