Tuesday, March 31, 2015

BENGKEL PENULISAN PELAN PEMBANGUNAN SUKAN 2015 - 2023

TARIKH  : 26 - 29 MAC 2015
TEMPAT : HOTEL GRAND BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Pada 26 hingga 29 Mac 2015 yang lalu telah berlangsung Bengkel Penulisan Pelan Pembangunan Sukan 2015 - 2023 bertempat di Hotel Grand Beach Resort, Port Dickson. Bengkel ini merupakan fasa penulisan Pelan Pembangunan Sukan yang mana melibatkan sebanyak 15 sukan iaitu sukan akuatik terjun, renang berirama, angkat berat, berbasikal, gimnastik artistik, gimrama, karate, lawn bowls, memanah, menembak, pelayaran, skuasy, taekwondo, tinju serta wushu. Peserta bagi begkel kali ini adalah lebih kecil yang dihadiri oleh ahli-ahli akademik dari beberapa universiti tempatan yang bertindak sebagai moderator, presiden dan wakil-wakil dari Persatuan Sukan Kebangsaan, pengurus sukan Majlis Sukan Negara serta jurulatih-jurulatih kebangsaan.

Berikut merupakan senarai moderator yang terlibat pada bengkel kali ini :
  1. Dr. Junaidi Mohd Hashim - Institut Pendidikan Guru Kedah (IPG Kedah)
  2. Dr Thariq Khan Azizudin Khan - Universiti Pendidikan Sultan Idris (IPSI)
  3. Dr. Nur Ikhwan Mohamad - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  4. Dr. Hairul Anuar Bin Hashim - Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
  5. Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin - UMS
  6. Dr. Jeffrey Low Fook Lee - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  7. Dr. Mohd Nizam bin Mat Jawis - Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan
  8. En. Hishamudin Ahmad - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  9. En. Nagoor Meera Bin Abdullah - Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam
  10. En. Mohd Sadek Mustaffa - Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam

Pendaftaran pada hari pertama (26 Mac 2015) dijalankan pada jam 3.00 hingga 4.30 petang dibantu oleh USPTN Negeri Sembilan. Pada jam 5.00 petang pula didakan taklimat dan perjumpaan Ybhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara bersama pengurus-pengurus sukan MSN yang terlibat dan seterusnya taklimat serta pembentangan hala tuju program bersama semua peserta yang terlibat pada bengkel kali ini.

Pada 27 Mac hingga 29 Mac 2015 telah dilangsungkan proses penulisan Pelan Pembangunan Sukan mengikut sukan masing-masing. Majlis penutupan bengkel telah diadakan pada jam 11.00 pagi oleh Ybhg. Dato' Ahmad Shapawi Ismail, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Dua orang wakil moderator juga memberi sedikit ulasan dan pandangan berkenaan penulisan Pelan Pembangunan Sukan ini bagi penambahbaikan pelan.

Sebelum ini dua (2) sukan iaitu Akuatik Renang dan Badminton telah pun selesai melaksanakan sesi penulisan pada 16 - 20 Mac 2015. Manakala tiga (3) lagi sukan pula iaitu sukan Hoki Lelaki, Olahraga dan Tenpin Boling akan dilaksanakan pada hari lain.

Proses penulisan ini adalah berdasarkan pada resolusi empat (4) bengkel sebelum ini iaitu :
  1. Bengkel Sepak Takraw : 14 - 15 Februari 2015
  2. Bengkel Fasa 1            : 27 Feb - 1 Mac 2015
  3. Bengkel Fasa 2            : 9 - 11 Mac 2015
  4. Bengkel Akuatik Terjun & Gimrama : 23 - 24 Mac 2015 

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE
UNIT KHIDMAT SOKONGAN
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.