Tuesday, November 29, 2011

KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2011: Hari Pertama

Hari Pertama Kem Bakat Sukan Terjun 2011 pada 29 November 2011.

Seawal jam 7 pagi kesemua atlet dan jurulatih berhimpun di Dataran Casa MSN sebelum bergerak ke Cafe Atlet untuk bersarapan pagi.  Selesai dengan sarapan kesemua atlet dan jurulatih bergerak ke Pusat Akuatik Bukit Jalil.  

Sebelum atlet dipecahkan mengikut kumpulan negeri dan mengikut kategori, jurulatih Aznizal (Perak) telah mengetuai sesi regangan badan selama setengah jam di kawasan lapang bersebelahan Dry Gym MSN.  

Setelah selesai atlet telah dipecahkan dan mengikut jurulatih negeri masing masing dimana bagi kumpulan A dimulai latihan di pool manakala kumpulan B berlatih di Dry Gym.  

Kesemua sesi latihan ini dipantau oleh Ketua Jurulatih Yang Zhuliang yang telah memberikan komen positif dimana beliau dapat melihat beberapa atlet potensi daripada K.Lumpur, Perak dan Sarawak.  

Pada sesi malam di Auditorium 1 telah diadakan ceramah daripada ISN dengan tajuk Pemakanan oleh Miss Loo.  

Laporan disediakan oleh:
Nurehsan

KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2011

Salam
 
Kem Bakat Sukan Terjun 2011 telah bermula pada hari ini iaitu 28 November dan akan berakhir pada 3 Disember 2011.  Ianya berlangsung di Majlis Sukan Negara dimana Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil akan dijadikan venue latihan dan Casa 1 sebagai venue penginapan.  

Kem ini dihadiri oleh seramai 57 orang atlet dan 10 orang jurulatih di bawah program pelapis negeri.  Seperti kem - kem terdahulu, kem kali ini juga menampilkan konsep yang sama iaitu atlet dibahagikan mengikut kumpulan iaitu kategori A dan kategori B.  Kumpulan atlet A adalah seramai 21 orang manakala kumpulan atlet B adalah seramai 33 orang.  

Menariknya kem kali ini ialah apabila mendapat kerjasama daripada jurulatih elit iaitu Yang Zhuliang bersama 3 lagi jurulatih kebangsaan lain yang turut sama turun padang.   Satu sesi santai selama 1 jam bersama 5 orang atlet senior iaitu Yeoh Ken Nee, Leong Mun Yee, Bryan Nickson, Jun Hoong dan Pandalela Rinong telah diadakan dimana para atlet senior ini menceritakan pengalaman awal sewaktu menjadi atlet terjun dan tip - tip khas yang dikongsi bersama untuk bagaimana kekal menjadi seorang atlet terjun yang berjaya.  

Selesai dengan sesi ini, jurulatih Yang Zhuliang telah mengambil kesempatan duduk berbincang dengan kesemua jurulatih negeri.  Esok akan bermula dengan sesi latihan selain satu sesi ceramah dari ISN yang akan diadakan pada esok malam.
 
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Nurehsan

Friday, November 25, 2011

Hari Terakhir - Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis PLN 02/2011

Hari ini merupakan hari terakhir kejohanan dimana pemenang keseluruhan bagi
acara ENDURANCE OMNIUM dan SPRINT OMNIUM akan dapat ditentukan. Dengan
keadaan cuaca yang amat mengizinkan, kejohanan hari ini dapat dilangsungkan
dengan lancar dan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Berikut adalah
keputuan rasmi kejohanan:-

*ENDURANCE OMNIUM LELAKI 19 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Muhd Faiz Izuddin omar (PK)
PINGAT PERAK    : Abdul Rashid Ibrahim (ASZU)
PINGAT GANGSA : Muhd Nur Syafiq Suhaimi (PRK)

*ENDURANCE OMNIUM WANITA 23 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Nurul Sakinah Abdul Karim (JHR)
PINGAT PERAK    : Noor Azian Mazlin Sazali (PK)
PINGAT GANGSA : Zanariah Ismail (JHR)

*ENDURANCE OMNIUM LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Mohd Azri Ahmad (TRG)
PINGAT PERAK    : Muhammad Faiz Ibrahim (PLS IPOH)
PINGAT GANGSA : Irwandi Lakasek (ATTACHMENT PK)

*ENDURANCE OMNIUM WANITA 15 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Nurjeha Iwani Roslan (ASZU)
PINGAT PERAK    : Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli (SEL)
PINGAT GANGSA : Norasyiqin Mohd Sajihan (SEL)

*ENDURANCE OMNIUM LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Muhamad Afiq Huznie Othman (PLS IPOH)
PINGAT PERAK    : Muhammad Danial Aiman Anuar SEL)
PINGAT GANGSA : Mohd Faqih Naim Abdul Samad (NS)


*SPRINT OMNIUM LELAKI 23 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Hamdan Hamidun (PK)
PINGAT PERAK    : Mohd Farhan Amri Zahid (PK)
PINGAT GANGSA : Mohd Fairet Rusli (ASZU)

*SPRINT OMNIUM WANITA 23 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Nurul Sakinah Abdul Karim (JHR)
PINGAT PERAK    : Zanariah Ismail (JHR)
PINGAT GANGSA : Siti Aisyah Alias (PHG)

*SPRINT OMNIUM LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Abdul Aziz Mohd Zahit (TRG)
PINGAT PERAK    : Mohd Shah Firdaus Shahrom (JHR)
PINGAT GANGSA : Amar Ashraf Anuar (PRK)

*SPRINT OMNIUM WANITA 15 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli (SEL)
PINGAT PERAK    : Norasiqin Mohd Sajihan (SEL)
PINGAT GANGSA : Alysha Abbas Mohamed Heikal (SEL)

*SPRINT OMNIUM LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH*
PINGAT EMAS      : Muhd Firdaus Mohd Zonis (SEL)
PINGAT PERAK    : Asyraf Naim Ying (TRG)
PINGAT GANGSA : Muhammad Danial Aiman Anuar (SEL)

*ANUGERAH PESERTA TERBAIK KESELURUHAN LELAKI*
Muhd Firdaus Mohd Zonis (SEL)

*ANUGERAH PESERTA TERBAIK KESELURUHAN WANITA*
Nurul Sakinah Abdul Karim (JHR)

Terima kasih diucapkan kepada Cawangan Pengurusan Acara,  USPTN Perak dan
agensi-agensi yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Terima kasih
juga kepada SDO dan jurulatih PLN negeri yang telah memberikan kerjasama
dan komitmen ketika menyertai kejohanan ini yang mana boleh dilihat setiap
negeri telah membawa basikal trek yang mencukupi untuk atlet-atlet mereka
tanpa mengharap sepenuhnya bantuan basikal trek daripada Cawangan Pelapis.


--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI

Hari ke-3: Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis PLN 02/2011

Cuaca hari ini amat baik dan pertandingan dimulakan dengan acara SPRINT OMNIUM dan keputusan adalah seperti berikut:-

7.5 KM SCRATCH RACE LELAKI 23 TAHUN KE BAWAH
1. Hamdan Hamidun (PK)
2. Mohd farhan Amri Zaid (PK)
3. Mohd Fairet Rusli (ASZU)

7.5 KM SCRATCH RACE WANITA 23 TAHUN KE BAWAH
1. Zanariah Ismail (JHR)
2. Nurul Sakinah Abdul Karim (JHR)
3. Siti Fatimah Ismail (KDH)

7.5 KM SCRATCH RACE LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH
1. Abdul Aziz Mohd Zahit (TRG)
2. Amar Ashraf Anuar (PRK)
3. Muhd Shah Firdaus Shahrom (JHR)

5 KM SCRATCH RACE WANITA 15 TAHUN KE BAWAH
1. Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzil (SEL)
2. Nur Suriani Mohd Noh (KDH)
3. Alysha Abbas Mohamed Heikal (SEL)

5 KM SCRATCH RACE LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH
1. Muhd Firdaus Mohd Zonis (PK)
2. Asyraf Naiming (TRG)
3. Muhammad Najmuddin Abd Ghani (TRG)

KEIRIN LELAKI 23 TAHUN KE BAWAH
1. Mohd Farhan Amri Zaid (PK)
2. Hamdan Hamidun (PK)
3. Mohd Fairet Rusli (ASZU)

KEIRIN WANITA 23 TAHUN KE BAWAH
1. Nurul Sakinah Abdul Karim (JHR)
2. Zanariah Ismail (JHR)
3. Siti Aisyah Alias (PHG)

KEIRIN LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH
1. Che Ku Muahmmad Syamil Che Ku Romli (PHG)
2. Muhd Shah Firdaus Shahrom (JHR)
3. Amar Ashraf Anuar (PRK)

KEIRIN WANITA 15 TAHUN KE BAWAH
1. Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli (SEL)
2. Nor asiqin Mohd Sajihan (SEL)
3. Siti Zulika Hamdan (JHR)

KEIRIN LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH
1. Muhd Firdaus Mohd Zonis (SEL)
2. Asyraf Naim Ying (TER)
3. Muhammad Najmuddin Abd Ghani (TRG)

SPRINT OVER 3 LAPS LELAKI 23 TAHUN KE BAWAH
1. Mohd Fairet Rusli (ASZU)
2. Hamdan Hamidun (PK)
3. Mohd Farhan Amri Zahid (PK)

SPRINT OVER 3 LAPS WANITA 23 TAHUN KE BAWAH
1. Nurul Sakinah Abdul Karim (JHR)
2. Zanarriah Ismail (JHR)
3. Siti Aisyah Alias (PHG)

SPRINT OVER 3 LAPS WANITA 15 TAHUN KE BAWAH
1. Norasiqin Mohd Sajihan (SEL)
2. Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli (SEL)
3. Siti Aminatul Jannah Abd Rahman (SEL)

SPRINT OVER 3 LAPS LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH
1. Asyraf Naim Ying (TRG)
2. Mohd Firdaus Mohd Zonis (SEL)
3. Mohd Shariz Efendi Mohd Shahrin (SEL)

SPRINT OVER 3 LAPS LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH
1. Che Ku Muhamad Syamil Che Ku Romli (PHG)
2. Abdul Aziz Mohd Zahit (TRG)
3. Amar Ashraf Anuar (PRK)


laporan di sediakan oleh:
RASHID RAMLI

Thursday, November 24, 2011

Hari Kedua-Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis PLN sirkit 02/11






Pertandingan pada hari kedua dimulakan dengan agak lewat kerana hujan di sebelah pagi. Berikut adalah keputusan pertandingan di sebelah pagi.

1 KM TIME TRIAL LELAKI 19 TAHUN KE BAWAH
1. Muhd Fazi Izuddin Omar (PK) 1:14:549
2. Muhamad Nur Syafiq Suhaimy (PRK) 1:16:625
3. Abdul Rashid Ibrahim (ASZU) 1:18:234
4. Muhamad Saifullah Jamal Alias (PHG) 1:18:594

500M TIME TRIAL WANITA 23 TAHUN KE BAWAH
1. Nurul Sakinah (JHR) 42.835
2. Noor Azian Mazlin Sazali (PK) 43.006
3. Zanariah Ismail (JHR) 45.078
4. Siti fatimh Ismail (KDH) 47.436

500M TIME TRIAL LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH
1. Mohd Azri Ahmad (TRG) 37.407
2. Mohd Qamarul Haziq Mohd Fadzli (SEL) 37.519
3. Irwandi Lakasek (ATTACHMENT PK) 38.159
4. Muhammad Faiz Ibrahim (PLS IPOH) 38.619

500M TIME TRIAL WANITA 15 TAHUN KE BAWAH
1. Nurjeha Iwani Roslan (ASZU) 43.829
2. Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli (SEL) 45.460
3. Norasyiqin Mohd Sajihan (SEL) 45.709
4. Siti Aminatul Jannah A. Rahman (KDH) 47.884

500M TIME TRIAL LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH
1. Muhammad Danial Aiman Anuar (SEL) 38.419
2. Akmal Hakim Zakaria (SEL) 38.766
3. Muhd Faqih Naim Abdul Samad (NS) 38.800
4. Muhamad Afiq Huznie Othman (PLS IPOH) 38.886

Sekali lagi pertandingan terpaksa ditunda hampir 3 jam kerana hujan mulai turun semula pada jam 1.00 tengahari. Bermula jam 4.00 petang, acara terkahir untuk ENDURANCE OMNIUM iaitu Point Race telah dijalankan dan berikut adalah keputusan rasmi:-

POINT RACE 15 KM LELAKI 19 TAHUN KE BAWAH
1. Muhd Faiz Izuddin Omar (PK)
2. Ahmad Fahmi Farhan Ahmad Fuad (ASZU)
3. Abdul Rashid Ibrahim (ASZU)

POINT RACE 7.5 KM WANITA 23 TAHUN KE BAWAH
1. Noor Azian Mazlin Sazali (PK)
2. Nurul Sakinah (JHR)
3. Zanariah Ismail (JHR)

POINT RACE 15 KM LELAKI 17 TAHUN KE BAWAH
1. Muhd Fazi Ibrahim (PLS IPOH)
2. Mohd Azri Ahmad (TRG)
3. Irwandi Lakasek (ATTACHMENT PK)

POINT RACE 7.5 KM WANITA 15 TAHUN KE BAWAH
1. Nurjeha Iwani Ruslan (ASZU)
2. Nurkhairunnisatul Aina Mohd Fadzli (SEL)
3. Alysha Abbas Mohamed Heikal (SEL)

POINT RACE 15 KM LELAKI 15 TAHUN KE BAWAH
1. Muhammad Afiq Huznie Othman (PLS IPOH)
2. Muhamad Syazri Shaari (WPKL)
3. Muhammad Shahrul Rosdi (TRG)

Besok pagi akan bermula acara-acara untuk SPRINT OMNIUM pula yang mana akan dimulakan dengan pusingan kelayakan bagi mendapatkan 15 pelumba terbaik bagi setiap kategori.

Tuesday, November 22, 2011

26th Sea Games Indonesia: Rumusan penyertaan dan pingat dari Atlet Pelapis



Temasya Sukan Sea hampir melabuhkan tirainya malam ini. Sekalung tahniah kepada Kontinjen Negara yang berjaya meraih 59 pingat Emas 50 Perak dan 82 Gangsa menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 191 pingat. Satu kejayaan yang amat memberangsangkan melebihi sasaran awal MSN dan menghampiri sasaran yang diletakkan oleh OCM.

Atlet-atlet pelapis juga telah berjaya membantu kutipan pingat kontinjen negara apabila memunggut 4 Emas 4 Perak dan 13 Gangsa. Penyertaan atlet pelapis ini diharap akan dapat ditambah pada temasya akan datang melalui pelaksanaan program latihan yang lebih baik dan sokongan yang lebih padu dari semua pihak.

Ucapan tahniah kepada urus setia kontinjen dalam dan luar yang sentiasa bekerja keras menyelesaikan semua urusan dan membantu semua pihak di Jakarta dan Palembang.

Sekali lagi setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa dan cuba lagi di Temasya Sukan Sea 2013 Mynmar.

JUMLAH PENYERTAAN ATLET PELAPIS

JUMLAH PUNGUTAN PINGAT ATLET PELAPIS





26th Sea Games 2011: Jumlah Pungutan Pingat Kontinjen Malaysia

Tahniah kepada pasukan Harimau Muda Negara kerana memenangi pingat yang di anggap Ibu kepada Segala Pingat.

Tahniah kepada semua pemenang pingat dan semoga kemenangan kalian di Temasya Sukan Sea ini membakar semangat untuk memenangi pingat di kejohanan yang lebih besar

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Siri 02/2011 MSN/PKBM/USPTN PERAK/PBNP



Tarikh : 21 November 2011
Masa : 5:00 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat MSN Perak

Mesyuarat Pengurus Pasukan Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis Siri 02/2011 MSN/PKBM/USPTN PERAK/PBNP di mulakan pada jam 5.00 ptg. Pada awal mesyuarat, En. Meor Shahriman iaitu Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Perak memberi ucap tama dan seterusnya di kendalikan oleh En. Ikhwan dari Cawangan Pengurusan Acara selaku pengerusi majlis.

Agenda mesyuarat
1. Pengesahan penyertaan.
2. En. Ikhwan mengingatkan semua pasukan berkenaan penggunaan gearing baru.

3. Memandangkan gearing masih dalam proses pembelian di peringkat cawangan, mesyuarat bersetuju untuk penggunaan gearing 48 x 15 bagi kategori bawah 15 dan bawah 17 tahun sahaja. Bagi kategori lain,penggunaan gearing ditetapkan mengikut peraturan kejohanan.

4. Bagi kategori lelaki 15 dan 17 tahun bawah ditetapkan kelayakan untuk ke peringkat seterusnya :

- 15 terbaik layak ke peringkat seterusnya
- 12 terbaik layak ke peringkat seterusnya

Jumlah peserta:-


Syamsul Afzan Mohd Nor
Unit Pelapis Serantau