Tuesday, November 29, 2011

KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2011

Salam
 
Kem Bakat Sukan Terjun 2011 telah bermula pada hari ini iaitu 28 November dan akan berakhir pada 3 Disember 2011.  Ianya berlangsung di Majlis Sukan Negara dimana Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil akan dijadikan venue latihan dan Casa 1 sebagai venue penginapan.  

Kem ini dihadiri oleh seramai 57 orang atlet dan 10 orang jurulatih di bawah program pelapis negeri.  Seperti kem - kem terdahulu, kem kali ini juga menampilkan konsep yang sama iaitu atlet dibahagikan mengikut kumpulan iaitu kategori A dan kategori B.  Kumpulan atlet A adalah seramai 21 orang manakala kumpulan atlet B adalah seramai 33 orang.  

Menariknya kem kali ini ialah apabila mendapat kerjasama daripada jurulatih elit iaitu Yang Zhuliang bersama 3 lagi jurulatih kebangsaan lain yang turut sama turun padang.   Satu sesi santai selama 1 jam bersama 5 orang atlet senior iaitu Yeoh Ken Nee, Leong Mun Yee, Bryan Nickson, Jun Hoong dan Pandalela Rinong telah diadakan dimana para atlet senior ini menceritakan pengalaman awal sewaktu menjadi atlet terjun dan tip - tip khas yang dikongsi bersama untuk bagaimana kekal menjadi seorang atlet terjun yang berjaya.  

Selesai dengan sesi ini, jurulatih Yang Zhuliang telah mengambil kesempatan duduk berbincang dengan kesemua jurulatih negeri.  Esok akan bermula dengan sesi latihan selain satu sesi ceramah dari ISN yang akan diadakan pada esok malam.
 
Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh Nurehsan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.