Wednesday, November 16, 2011

26th Sea Games 2011: sekitar pertandingan pada 15hb November.

Hari ini sekali lagi Kontinjen Malaysia bangkit dengan penuh semangat untuk memunggut lebih banyak emas bagi menaikkan nama negara

Kem olahraga meneruskan kecemerlangan apabila Noraseela Khalid memenangi pingat emas dalam acara kegemaran beliau 400m pagar menewaskan peserta dari Thailand. Manakala Roslinda Shamsu membukti kepakaran anak tempatan boleh membantu beliau memenangi pingat emas ke 3 berturut-turut dalam acara lompat bergalah wanita. Cikgu Manshahar telah berjaya membimbing Roslinda memperkukuhkan kedudukan beliau selaku pelompat unggul di rantau Asia Tenggara dengan catatan rekod baru Sea Games iaitu 4.25m.

Skuad renang menebus kehampaan semalam dengan prestasi cemerlang di sebelah petang apabila mengondol 3 emas. Dalam acara 800m (W) Freestyle Khoo Chai Lin telah mencatat masa 8:50:17 untuk pingat emas pertama pasukan renang negara. Sekali lagi perenang negara mengembirakan kontinjen negara apabila Kevin dalam acara 400m (L) Freestyle telah mencatatkan 3:55:07 untuk pingat emas pertama beliau di temasya ini. Sebagaimana ramalan Yi Ting telah memenangi pingat emas dalam acara
100m (W) Breaststroke.

Pasukan silat masih gagal menceriakan kontinjen negara apabila hanya mendapat satu gangsa dari acara silat seni yang di jalankan hari ini.

Manakala pasukan muda badminton negara hampir-hampir melakukan kejutan apabila tumpas 1-3 kepada Indonesia di perlawanan akhir badminton berpasukan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.