Sunday, November 20, 2011

26th Sea Games: Keberangkatan Pulang Ultras MSN

Hari ini Ultras MSN pulang ke Malaysia setelah 5 hari berkampung di Kota Jakarta. Pengalaman memberi sokongan kepada kontinjen Malaysia tidak dapat dilupakan dan pengalaman ini begitu berharga kerana pasukan Ultras ini datang dengan belanja sendiri.

Terima kasih kepada urus setia MSN dalam dan luar iaitu KN, SH, Raizal, Bonn, Tuan Hj Nordin, Wan, SUSK, Joe (di msn) kerana banyak membantu melincinkan pengurusan pasukan Ultras.

Tidak lupa terima kasih kepada YBhg Dato Zol, Dato Jalil, PBA, PCE kerana banyak memberi sokongan moral kepada pihak kami.

Selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia dan semoga runtuhan pingat akan berterusan.

Ultras bisa!!!!!

2 comments:

  1. Terdengar banyak berita dan comment tentang lebih ramai vip, officials dan support dari ahli-ahli sukan pergi Sea Games.

    Jugak pemenang terpaksa pulang awal dan tidak dapat menerimal pingat emas sendiri, manakala supports dapat stay lebih lama.

    Jugak sebahagian penyerta and pemenang belanja sendiri untuk menghadiri Sea Games ini, manakalan yang bukan penyerta pula disponsor oleh kerajaan. Harap-harap berita-berita begini tidak sah.

    Taniah kepada semua ahli-ahli sukan kerana mencapai lebih dari 50 pingat emas. Harap tahun akan datang, mencapai lebih dari negara Vietnam.

    Sekian terima kasih

    Majulah sukan negara dan jauhilah politik

    ReplyDelete
  2. salam, terima kasih atas komen. untuk makluman pemergian pasukan kami adalah dibawah tanggungan sendiri bukan tanggungan kerajaan. kami pergi bagi memberi sokongan kepada atlet negara.

    untuk rekod atlet-atlet kategori B adalah dibawah tanggungan persatuan kerana mereka tidak layak melepasai syarat kelayakkan tempat kedua sebagaimana ketetapan OCM. Walau bagaimanapun ada atlet-atlet pelapis yang kami rasa boleh di beri pendedahan untuk persiapan di masa hadapan di tanggung di bawah program pelapis.

    Bagi mana-mana atlet yang memenangi pingat maka perbelanjaannya akan di bayar semula oleh OCM. jadi tidak timbul kebajikan mereka tidak di jaga dan usaha mereka tidak dihargai.

    Bagi pemenang yang balik awal kena tanya persatuan kenapa buat arrangement mcam tu. Untuk makluman tuan segala urusan kontinjen semasa TEMASYA adalah dibawah OCM dan persatuan sukan kebangsaan.

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.