Thursday, November 10, 2011

Tribute kepada Cikgu Harun

Hari ini tanggal 09 November 2011 warga pelapis dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pengurus sukan yang cukup di senangi oleh semua pihak. Cikgu Harun telah meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 7 malam waktu tempatan di Palembang selepas pengsan di Airport Palembang semasa bertugas menguruskan ketibaan kontinjen negara untuk menyertai Temasya Sukan Sea kali ke 26 di Indonesia.

Kehilangan beliau benar-benar memeranjatkan warga Pelapis khususnya dan warga MSN amnya kerana beliau begitu disenangi dan mempunyai reputasi yang amat tinggi dikalangan kakitangan MSN. Sikap beliau yang cepat mesra dan tidak lokek dengan senyuman amat dihargai oleh rakan-rakan keliling.

Hanya ucapan takziah dan iringan doa agar rohnyanya di cucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang disayangi di sisi Allah swt.

Alfatihah.....

2 comments:

  1. Al Fatihah..buat seluruh warga msn & family arwah takziah diatas kehilangan rakan sepejuangan..semoga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.