Sunday, November 20, 2011

26th Sea Games: Sekitar pertandingan pada 19hb







Seramai 52 orang atlet dan 10 orang jurulatih dari 11 jenis sukan yang dilaksanakan di Program Pelapis telah menyertai temasya kali ini. Dari jumlah tersebut seramai 40 orang atlet telah terpilih dalam kategori A manakala 12 orang dalam kategori B. Untuk rekod pula beberapa jenis sukan seperti Lawan Pedang (acara sabre) dan Judo yang dilaksanakan di bawah program sebagai persedian ke Sukan Sea telah diserahkan ke program elit pada bulan Jun yang lalu selepas penyelarasan di peringkat Bahagian.
Antara pencapaian yang boleh di banggakan adalah dari sukan karate di mana Teagarajan Kunasakaran telah memenangi pingat emas dalam acara individu kumite categori 84kg dan kejayaan manis pelari 4x400 Kannatasan Subramaniam membantu pasukan memenangi pingat emas dalam sukan olahraga. Kannatasan merupakan atlet yang sedang menjalani latihan di Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) di Pulau Pinang di bawah jurulatih Krishan Thambu.

(baru sahaja dimaklumkan atlet pelapis wushu Keven Cheah Pheng Heng baru sahaja memenangi pingat emas dalam acara nan dau+nan gun)

Bagi pingat perak pula, atlet-atlet pelapis juga telah membantu menambahkan punggutan pingat perak kontinjen Negara dalam beberapa jenis sukan seperti Shahril Sahak dalam acara 50m Rifle Prone, Shree Sharmini Segaran Kumite Berpasukan, Thor Chee Yee, Celine Lee Xin Yi dan Khaw Yee Voon dalam acara Kata Berpasukan.

Atlet-atlet pelapis juga telah memenangi 10 pingat gangsa dalam beberapa jenis sukan seperti Karate, pencak silat, wushu dan pelayaran.

Berikut adalah taburan pingat yang dimenangi oleh atlet pelapis setakat 20hb November 2011.


Taburan pingat kontinjen setakat 19hb malam.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.