Friday, July 25, 2014

ATLET PELAPIS KEBANGSAAN, MOHD ZULHELMI PENYUMBANG PINGAT PERTAMA BUAT KONTINGEN MALAYSIA DI GLASGOW

TEMASYA SUKAN KOMANWEL 2014 DI GLASGOW, SCOTLAND

Atlet Pelapis Kebangsaan, Mohd Zulhelmi B. Pisol cemerlang di temasya sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland apabila menjadi penyumbang pingat pertama buat kontingen negara dengan merangkul pingat perak dalam sukan angkat berat dengan jumlah angkatan 245kg. Atlet yang berasal dari Pulau Pinang ini membuat angkatan snatch 108kg dan clean and jerk seberat 137kg dalam kategori 56kg di Scottish Exhibition and Conference Centre Precint. Ini merupakan penampilan pertama beliau di dalam temasya sukan Komanwel.

Tahniah dan syabas diucapkan!

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA DARI WARGA PELAPIS DI SELURUH NEGARA


Tuesday, July 22, 2014

LAPORAN MINGGU KEEMPAT KEM WORLD CYCLING CENTER KOREA SATELLITE 2014

Tarikh    : 15  Julai - 22 Julai 2014
Tempat  : KSPO Keirin Training Center Yeongju City, Korea

15 Julai-22 Julai 2014
Minggu keempat program latihan WCC-KS  lebih kepada pembelajaran program latihan dari setiap jurulatih yang menghadiri kem. Ketua jurulatih WCC-KS  memberi tugasan kepada setiap jurulatih yang terlibat perlu mencadang dan membuat program latihan yang spesifik dan perlu mengajar cara-cara untuk mengendalikan program latihan harian.

Setiap jurulatih dari kem ini telah melaksanakan program latihan masing-masing dan dengan ini sedikit sebanyak latihan yang dipamerkan menambahkan lagi ilmu setiap pelumba. Antara program latihan perlu dilaksanakan oleh setiap jurualtih adalah :

-       FLAYING LAP
-       STANDING START
-       500 METER ROLLING START
-       1KM ROLLING START
-       WATT BIKES UCI TEST
-       GYM TRANING

Selain itu, setiap sesi pengajaran akan dibincangkan semula bersama Ketua Jurulatih dan setiap jurulatih bagi mendapatkan maklumbalas serta beberapa penambahbaikan dalam program agar maklumat yang diperolehi dapat dimanfaatkan dan diguna pakai di negara masing-masing

Sekian,

Laporan oleh,
Muhammad Zamani Mustarudin

LAPORAN KEJOHANAN HSIN CHU TAIWAN TRACK INTERNATIONAL CLASSIC 2014

Tarikh   : 20 - 21 Julai 2014
Tempat : Hsin Chu Taiwan Veledrome

20 Julai 2014
Hari kedua kejohanan melibatkan penyertaan atlet Malaysia dalam acara 200m Sprint kelayakan (MJ) dan 1km Time Trial akhir (MJ). Atlet Malaysia iaitu Muhammad Izat Tolha hanya mengambil bahagian bagi acara 1 km time trial sahaja manakala Mohd Iqbal menyertai kedua-dua acara. Bagi acara 1 km time trial persiangan agak sengit di mana atlet Malaysia hanya menduduki tempat ke 5 dan 7. Acara 200m Sprint pula menyaksikan Mohd Iqbal berjaya berada di kelompok 8 terbaik dan  memasuki peringkat suku akhir pada 21 Julai 2014.

Berikut merupakan keputusan kejohanan hari kedua melibatkan pelumba Malaysia :

1 km time trial akhir (MJ)

1. Kang Shih Feng (Chinese Taipei) 1:07.851
2. Li Chin Yi (Chinese Taipei)1:08.183
3. Mitchelmore Maximilin Gil (HKG) 1:08.969
5. Muhammad Izat Tolha (MAS)1:12.876
7. Mohd Iqbal Asri (MAS)1:13.956

200m Sprint (kelayakan) MJ

21 Julai 2014
Mohd Iqbal yang turun bertanding pada peringkat suku akhir acara 200 m Sprint (MJ) manakala Mohd Izat bertanding bagi acara scratch akhir (MJ).

Berikut merupakan keputusan hari ketiga kejohanan melibatkan pelumba Malaysia :

200 m Sprint akhir (MJ)
- Iqbal menduduki tempat ke 8

Scratch Race akhir (MJ)
- Muhammad Izzat Tolha menduduki tempat ke 4

Tamat kejohanan untuk hari ketiga dan pasukan Malaysia akan bertolak pulang jam 3:00 petang pada 22 Julai 2014 ini.

Monday, July 21, 2014

COMMONWEALTH GAMES 2014: Debaran akan bermula

Atlet-atlet angkat berat pelapis kebangsaan sudah tiba di perkampungan sukan pada 17hb yang lalu bersama dengan atlet angkat berat negara yang lain. Penyertaan kali ini amat bermakna memandangkan 4 orang atlet pelapis kebangsaan telah diberi kepercayaan untuk mewakili negara di temasya sukan komanwel 2014 Glasgow.  

Para atlet begitu teruja dengan pengalaman pertama di perkampungan sukan dan tidak membuang masa untuk meneruskan latihan yang telah dirancang dibawah bimbingan jurulatih Stevan.

All the best. 

Semoga penyertaan atlet pelapis dapat menyumbang pungutan pingat negara. ‎

LAPORAN KEJOHANAN UCI TAIWAN HSIN CHU TRACK INTERNATIONAL CLASSIC 2014

Tarikh.   : 19 Julai 2014
Tempat : Hsin Chu Taiwan Veledrome

Kejohanan UCI Taiwan Hsin Chu Track International Classic 2014 bermula secara rasminya pada hari ini yang mana sebanyak 8 negara mengesahkan penyertaan bagi kategori Senior dan Junior iaitu Malaysia, Thailand, Filiphina, Korea, Japan, India, Singapura dan Hongkong serta 13 kelab dari Taiwan. Kejohanan ini diadakan di Hsin Chu Veledrome iaitu 333.33 outdoor veledrome dan terletak di kawasan bukit. Antara acara yang terlibat pada hari ini bagi penyertaan atlet Malaysia adalah acara 3km Individual Pursuit (MJ) serta Keirin (MJ) akhir. Berikut merupakan keputusan kejohanan pada hari melibatkan penyertaan pelumba Malaysia:

Men Junior - 3 km Individual Pursuit 

Muhammad Izat Tolha mencatat masa 3:56.193 dan memperbaharui rekod peribadinya namun tidak layak ke peringkat akhir.

Keirin Akhir

1. Chinese Taipei - Emas
2. Muhamad Izat (MAS/PK) - Perak
3. Mohd Iqbal Asri (MAS/PS) - Gangsa

Esok (20 Julai 2014) acara yang melibatkan pelumba Malaysia adalah acara 200 m Sprint dan 1 km Time Trial.

Friday, July 18, 2014

PENYERTAAN ATLET BERBASIKAL PELAPIS SERANTAU DAN PELAPIS KEBANGSAAN KE KEJOHANAN BERBASIKAL UCI TAIWAN HSIN CHU TRACK INTERNATIONAL CLASSIC 2014

Seramai 2 atlet dan seorang jurulatih sukan berbasikal program Pelapis Kebangsaan dan Pelapis Serantau telah bertolak ke Hsin-Chu Taiwan pada 18 Julai 2014 (jam 1:25 pagi) bagi menyertai Kejohanan Berbasikal UCI Taiwan Hsin-Chu Track International Classic 2014. Berikut merupakan maklumat jurulatih dan atlet :

Jurulatih
1) Jamaludin Omar (PS)

Atlet
1) Muhammad Izat Tolha (PK)
2) Mohd Iqbal Asri Muhammad Faizal (PS)

Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 19 hingga 21 julai 2014. Pada hari ini 18 Julai 2014 hanya melibatkan mesyuarat pengurus pasukan pada jam 4:00 petang (waktu Malaysia).

Sekian.


LAPORAN OLEH,
SYAMSUL AFZAN 

Thursday, July 17, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 16 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA

Hari ini merupakan hari keenam kejohanan yang merupakan hari terakhir berlangsungnya Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea 2014. 11 lagi pingat emas ditawarkan yang melibatkan acara bagi junior dan juga senior.

Hari terakhir menyaksikan satu lagi pingat gangsa buat Malaysia melalui Khir Amir Salam dalam acara lelaki junior bawah 73kg. Berikut merupakan kronologi perlawanan beliau.

1) Perlawanan pertama mendapat bye apabila pemain dari Korea tidak hadir.
2) Perlawanan kedua menang ke atas pemain Korea dengan pungutan mata 8 berbalas 4.
3) Selepas perlawanan kedua Khir Amir Salam layak ke quaterfinal bertemu dengan pemain dari Taiwan dan menang dengan pungutan mata 13 berbalas 6.
4) Pada pusingan semifinal beliau bertemu dengan pemain Iran namun kecundang dengan pungutan mata 10 berbalas 2.

Selain itu, seorang lagi atlet Pelapis layak sehingga ke quaterfinal iaitu Mohana Priya Mariappen dalam acara wanita junior bawah 59kg.

1) Perlawanan pertama bertemu pemain dari Canada dan menang dengan mata 5 berbalas 3.
2) Perlawanan kedua menang ke atas Korea dengan mata 3 berbalas 1 dan layak ke quaterfinal.
3) Pusingan Quaterfinal tewas kepada pemain dari Italy dengan mata 2 berbalas 7.

Secara keseluruhannya, pada kejohanan kali ini 2 pingat gangsa telah dikutip menerusi Navin Arikrisnasamy dan Khir Amir Salam. Manakala Jasmin Nabilla dan Mohana Priya Mariappen layak sehingga ke quaterfinal. 4 lagi atlet iaitu Nur Fasha Qistina, Mohd Alif dan Thava Kumarisha tewas di pusingan pertama dalam acara masing-masing.

Pada sebelah petang, pasukan menerima kunjungan dari Master Dhanaraj. Beliau sempat menyaksikan perlawanan kedua Khir Amir Salam sebelum berangkat kembaki ke Seoul.

Selepas ini 3 orang iaitu jurulatih Sarawanan, Mohana Priya dan pegawai pengiring akan bertolak ke lapangan terbang Incheon dari Gyeongju pada pukul 3.30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi bersama pasukan senior kebangsaan. Manakala atlet junior yang lain bersama jurulatih Elaine Teoh akan ke Muju pada 18 Julai 2014 bagi menyertai Taekwondo Youth Camp. Camp training ini adalah ditaja oleh Korea Taekwondo Federation (KTF)  dimana tempat tinggal, makanan, perjalanan dan pengisian program ditanggung oleh KTF. Hanya negara yang dijemput sahaja akan menyertai program ini dimana terhad kepada 150 orang atlet sahaja. Pada 17 Julai 2014 3 lagi atlet Pelapis Serantau akan tiba di Incheon Airport bagi menyertai program ini. Atlet akan kembali ke tanah air pada 25 Julai 2014 nanti.

Sekian laporan dari Gyeongju, Korea.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU

Wednesday, July 16, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA AKADEMI SERANTAU DAN PENYERAHAN CEK KEMENANGAN SKIM INSENTIF KECEMERLANGAN PUSAT LATIHAN NEGERI 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

10 Julai 2014 yang lalu bersamaan 12 Ramadhan 1435 Hijrah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Kuaters Institut Pendidikan (KIP) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis pada kali ini juga turut dimeriahkan dengan upacara penyerahan cek kemenangan Skim Insentif Kecemerlangan Pusat Latihan Negeri yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Seri Zolkples Embong kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah serta Presiden Persatuan Skuasy Negeri Kedah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada beberapa buah agensi yang selama ini telah terlibat dengan Program Pelapis Serantau seperti MSN Pulau Pinang, Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Kerja Raya (JKR) SMK Bukit Mertajam, SMK Alma serta wakil media.

Seperti tahun terdahulu pihak Akademi juga tidak ketinggalan untuk menjemput pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Ahmadiah Al-Ijtimaiah seramai 50 orang bagi turut sama memeriahkan majlis tersebut. Majlis berbuka puasa ini bertujuan mengeratkan lagi siratulrahim dikalangan atlet, jurulatih, pengurusan akademi serta agensi-agensi yang terlibat dan telah menjadi acara wajib di Akademi Serantau.

Secara ringkasnya majlis telah dimulakan sekitar jam 6.30 petang dimana YBhg. Dato' Seri telah melawat tapak pembinaan gelanggang tinju yang dijangka siap pada akhir Julai ini. Beliau telah menyampaikan sedikit ucapan sebelum menyampaikan cek kemenangan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah iaitu En Mahazi Ibrahim serta Presiden Persatuan Skuasy Negeri Kedah, En Andrew Lim. Pusat latihan tersebut telah menewaskan beberapa calon lain bagi merebut hadiah kemenangan berjumlah RM20,000.00. Kesemua para tetamu berbuka puasa dengan sedikit hidangan ringan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah. Majlis bersambung dengan jamuan makan malam.

Sekian.

Laporan oleh,
Megat Ahmad Kushairy

Tuesday, July 15, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 14 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA

Keadaan di sekitar lokasi pertandingan iaitu Gyeongju pada hari ini agak panas di mana hampir mencecah 30 darjah celcius. Walau bagaimanapun pertandingan dijalankan di dalam gimnasium dan atlet semua berada dalam keadaan yang baik.

Hari ini 3 orang atlet Pelapis terlibat dengan acara masing-masing iaitu :

1) Thava Kumarisha dalam kategori wanita senior bawah 73kg
2) Jasmin Nabilla Bt Sukardi dalam kategori wanita junior bawah 52kg
3) Mohd Alif bin Mohd Rosli dalam kategori lelaki junior bawah 51kg

Thava Kumarisha tewas kepada pemain dari Korea (0 berbalas 1) di perlawanan pertama makala Mohd Alif Bin Mohd Rosli tewas juga kepada pemain dari Korea (8 berbalas 6). Kedua-dua pemain menunjukkan kesungguhan walaubagaimanapun nasib kurang meyebelahi mereka. Manakala Jasmin pula beraksi cemerlang apabila menang ke atas pemain Korea di pusingan pertama dengan mata 12 berbalas 5, dan di perlawanan kedua bertemu pemain dari Jepun dan menang 12 berbalas 9 untuk mara ke quaterfinal. Namun begitu, Jasmin terkandas di perlawanan ini dan kalah tipis kepada pemain dari Thailand dengan mata 5 berbalas 3.

Perlawanan ini amat penting sebagai pendedahan kepada atlet agar lebih ingin meningkatkan prestasi dan dapat membezakan tahap kebolehan mereka sekarang kepada atlet dari negara lain. Dua lagi atlet senior kebangsaan turut tewas di perlawanan pertama kerana persaingan yang sengit.

Esok hanya seorang atlet sahaja yang terlibat iaitu Aida Syahnaz Bt Azalan. Beliau akan mengambil acara wanita junior bawah 68kg. Kategori ini hanya terdapat penyertaan seramai 10 orang dari negara Korea, Chinese Taipei, Italy, Australia, Kanada serta Malaysia. Walaubagaimanapun, Aida Syahnaz yang baru pulih dari kecederaan akan cuba untuk memberikan yang terbaik setelah berehat untuk beberapa ketika.

Selain itu, beberapa nama besar dalam sukan taekwondo seperti Aaron Cook dan Steven Lopez akan beraksi esok. Acara ini dijangkakan antara yang paling menarik perhatian dan peluang ini amat baik kepada atlet junior untuk memerhatikan teknik pemain bertaraf dunia.

Sekian laporan hari keenam dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM