Wednesday, July 9, 2014

LAPORAN HARIAN : HARI KEEMPAT - JUNIOR EUROPEAN CUP 2014, MOSCOW, RUSSIA

TARIKH : 8 JULAI 2014
TEMPAT : MOSCOW, RUSSIA

Hari ini, Pusingan Kelayakan bagi acara Recurve Lelaki dan Wanita (Junior) telah dijalankan. Acara dijalankan pada 2.30 petang dan tamat sekitar jam 7.00 petang. 

Berikut adalah keputusan bagi Pusingan Kelayakan yang telah dijalankan.

Recurve Junior (Lelaki)
1. Marc Rudow (Germany) - 671
2. Artem Markhenko (Russia) - 658
3. Olaru Dan (Moldova) - 652
28. Arriffuddinnur Zakaria (Malaysia) - 611
30. Nazir Omar (Malaysia) - 609
32. Muhammad Akmal Nor Hasrin (Malaysia) - 607

Recurve Junior (Wanita)
1. Aurelie Carlier (France) - 647
2. Ng Sui Kim (Malaysia) - 630
3. Soelma Syrenova (Russia) - 629
28. Nur Naseha Rusli (Malaysia) - 542
29. Nuramaliah Haneesha (Malaysia) - 532

Pertandingan diteruskan dengan Pusingan Kelayakan 1/24 dimana melibatkan ketiga-tiga atlet lelaki bagi menentukan siapa yang layak untuk ke pusingan seterusnya. Berikut adalah keputusannya.

Pusingan Kelayakan 1/24 Recurve Junior (Lelaki)
1) Muhammad Akmal Nor Hasrin (Malaysia) vs Charalambous Charalambous (Cyprus)   -Muhammad Akmal menang 6-2

2) Arriffuddinnur Zakaria (Malaysia) vs Gahramanour Zaur (Azerbaijan) -Arriffuddinnur menang 6-4

3) Nazir Omar (Malaysia) vs Jonathan Vandergucht (Belgium) - Nazir menang 6-5

Kemenangan ketiga-tiga atlet ini membolehkan mereka ke pusingan 1/16 yang akan diadakan esok (9 Julai 2014). Berikut adalah jadual pertandingan bagi hari esok.

9 Julai 2014, Rabu
Recurve Junior (Lelaki dan Wanita)
3.00 petang - Elimination Round 1/16
3.40 petang - Elimination Round 1/8
4.15 petang - Final Round 1/4
4.50 petang - Final Round 1/2

Berikut pula adalah undian bagi perlawanan bagi pusingan 1/16 yang melibatkan atlet Malaysia.

Recurve Junior Lelaki (Round 1/16)
1) Muhammad Akmal (Malaysia) vs Marc Rudow (Germany)
2) Arriffuddinnur Zakaria (Malaysia) vs Yuri Belli (Italy)
3) Nazir Omar (Malaysia) vs Dan Olaru (Moldova)

Recurve Junior Wanita (Round 1/16)
1) Ng Sui Kim (Malaysia) - Bye
2) Nur Naseha Rusli (Malaysia) vs Katharina Bauer (Germany)
3) Nuramaliah Haneesha (Malaysia) vs Zhibzema Danbaera (Russia)

Sekian sahaja laporan dari Moscow, Russia.

LAPORAN OLEH, 
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.