Wednesday, July 16, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA AKADEMI SERANTAU DAN PENYERAHAN CEK KEMENANGAN SKIM INSENTIF KECEMERLANGAN PUSAT LATIHAN NEGERI 2014

Salam Ramadhan Al-Mubarak,

10 Julai 2014 yang lalu bersamaan 12 Ramadhan 1435 Hijrah telah diadakan Majlis Berbuka Puasa di Akademi Serantau Majlis Sukan Negara, Kuaters Institut Pendidikan (KIP) Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Majlis pada kali ini juga turut dimeriahkan dengan upacara penyerahan cek kemenangan Skim Insentif Kecemerlangan Pusat Latihan Negeri yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Seri Zolkples Embong kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah serta Presiden Persatuan Skuasy Negeri Kedah. Majlis tersebut telah dihadiri oleh wakil daripada beberapa buah agensi yang selama ini telah terlibat dengan Program Pelapis Serantau seperti MSN Pulau Pinang, Institut Sukan Negara (ISN), Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Kerja Raya (JKR) SMK Bukit Mertajam, SMK Alma serta wakil media.

Seperti tahun terdahulu pihak Akademi juga tidak ketinggalan untuk menjemput pelajar daripada Sekolah Menengah Agama Ahmadiah Al-Ijtimaiah seramai 50 orang bagi turut sama memeriahkan majlis tersebut. Majlis berbuka puasa ini bertujuan mengeratkan lagi siratulrahim dikalangan atlet, jurulatih, pengurusan akademi serta agensi-agensi yang terlibat dan telah menjadi acara wajib di Akademi Serantau.

Secara ringkasnya majlis telah dimulakan sekitar jam 6.30 petang dimana YBhg. Dato' Seri telah melawat tapak pembinaan gelanggang tinju yang dijangka siap pada akhir Julai ini. Beliau telah menyampaikan sedikit ucapan sebelum menyampaikan cek kemenangan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah iaitu En Mahazi Ibrahim serta Presiden Persatuan Skuasy Negeri Kedah, En Andrew Lim. Pusat latihan tersebut telah menewaskan beberapa calon lain bagi merebut hadiah kemenangan berjumlah RM20,000.00. Kesemua para tetamu berbuka puasa dengan sedikit hidangan ringan sebelum menunaikan solat maghrib berjemaah. Majlis bersambung dengan jamuan makan malam.

Sekian.

Laporan oleh,
Megat Ahmad Kushairy

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.