Sunday, July 13, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA

TARIKH : 12 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU GYMNASIUM, KOREA

Hari ini merupakan hari kedua kejohanan bermula di mana atlet Pelapis Kebangsaan terlibat dalam dua acara  iaitu lelaki junior bawah 55kg dan wanita junior bawah 49kg. Pasukan bertolak seawal 7.20 pagi ke venue pertandingan dan seperti biasa dengan menggunakan shuttle bas yang disediakan oleh pihak penganjur.

Berikutan dari beberapa acara yang belum selesai dari hari sebelumnya, acara yang disertai oleh atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Navin Krishnasamy dan Nur Fasha Qistina hanya bermula pada pukul 2.00 petang. 

Selaku pemain pertama yang beraksi pada hari ini, Navin Krishnasamy berjaya merangkul pingat gangsa dalam kategori lelaki junior bawah 55kg. Ketika perlawanan, beliau mengalami sedikit kecederaan ketika berlangsungnya quater final menentang pemain dari negara tuan rumah Korea. Walaubagaimanapun beliau tidak menjadikan itu sebagai alasan dan terus maju ke semi final. Namun begitu, kecederaan yang dialami semakin serius dan beliau terpaksa berhenti di pusingan kedua pada semifinal ketika bertemu dengan pemain dari Chinese Taipei. Namun begitu, Navin masih mampu memberi saingan di awal perlawanan dengan pungutan mata 1 berbalas 7. Pemain Chinese Taipei menang semifinal melalui 'win by withdrawal' (WDR) kerana kecederaan pihak lawan.

Berikut adalah rentetan perlawanan Navin Krishnasamy :

1) Perlawanan pertama bertemu Aaron James Galita dari Filipina. Menang dengan mata ' Win by Sudden Death' (SDP).

2) Perlawanan kedua bertemu Mikhail Levchenko dari Russia. Menang dengan mata 7 berbalas 2.

3) Perlawanan ketiga iaitu quaterfinal bertemu pemain dari negara tuan rumah Korea. Menang dengan mata 12 berbalas 8.

4) Semifinal bertemu pemain dari Chinese Taipei. Berhenti atas kecederaan dan pihak lawan menang melalui 'Win by Withdrawal' (WDR).

Manakala pemain wanita Nur Fasha Qistina kecundang di perlawanan pertama kepada Murakami Chiren dari Jepun dengan mata 7 berbalas 1. Walaubagaimanapun perlawanan ini amat baik bagi beliau sebagai pendedahan dan memperbaiki lagi teknik berlawan di masa akan datang.

Esok adalah hari ketiga kejohanan, namun begitu atlet Pelapis Kebangsaan tidak terlibat kecuali sesi timbang berat badan bagi Mohammad Alif, Jasmin Nabilla serta Thava Kumarisha bagi acara hari yang keempat nanti. 

Kejayaan Navin Krishnasamy pada hari ini adalah amat bermakna sebagai pembakar semangat kepada atlet-atlet yang lain untuk turut serta membawa pulang kejayaan dan mengharukan nama negara.

Sekian laporan hari keempat dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.