Thursday, July 10, 2014

LAPORAN HARIAN : HARI KELIMA - JUNIOR EUROPEAN CUP 2014, MOSCOW, RUSSIA

Hari Kelima (9 Julai 2014)

Hari ini, kejohanan diteruskan dengan Elimination Round 1/16 bagi Recurve Junior Lelaki dan Wanita. Acara dimulakan pada jam 3.05 petang di Bitsa Equestrian Centre, Moscow.

Bagi acara Recurve Junior Lelaki, ketiga-tiga wakil negara, Muhammad Akmal, Nazir Omar dan Arriffuddinur Zakaria terkandas dipusingan 1/16 selepas tewas 2-6, 2-6 dan 3-7. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga atlet tersebut memberikan tentangan kepada dan tewas dengan jurang mata yang amat sedikit.

Bagi acara Recurve Junior Wanita, dua atlet negara iaitu Nur Naseha Rusli dan Nuramaliah Haneesha turut kecundang kepada lawan mereka. Manakala seorang lagi wakil negara, Ng Sui Kim tewas di pusingan 1/8 Recurve Junior Wanita.

Berikut adalah keputusan yang melibatkan atlet-atlet Malaysia bagi hari ini.

Recurve Junior Lelaki - Elimination Round 1/16
  1. Muhammad Akmal Nor Hasrin (Malaysia) vs Marc Rudow (Germany) - tewas 2-6
  2. Nazir Omar (Malaysia) vs Dan Olaru (Moldova) - tewas 2-6
  3. Arriffuddinur Zakaria (Malaysia) vs Yuri Belli (Italy) - tewas 3-7
Recurve Junior Wanita - Elimination Round 1/16
  1. Nur Naseha Rusli (Malaysia) vs Katharina Bauer (Germany) - tewas 0-6
  2. Nuramaliah Haneesha (Malaysia) vs Zhibzaema Danbaera (Russia) - tewas 0-6
Recurve Junior Wanita - Elimination Round 1/8
  1. Ng Sui Kim (Malaysia) vs Laura Ruggieri (France) - tewas 0-6
Bagi acara esok, pasukan Malaysia akan bertanding dalam acara Mixed Team Elimination Round 1/4. Pasukan yang akan diwakili oleh Nazir Omar dan Ng Sui Kim akan menentang pasukan Italy pada jam 11.25 pagi. Berikut adalah jadual pertandingan bagi hari esok:

10 Julai 2014
Recurve Junior Mixed Teams
11.15 pagi - 1/8 Elimination Round
11.40 pagi - 1/4 Elimination Round
12.05 t/hari - 1/2 Final Round
12.25 t/hari - Final & 3/4 Placing

Sekian sahaja laporan dari Moscow, Russia.

LAPORAN OLEH, 
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.