Monday, July 7, 2014

LAPORAN KEM WORLD CYCLING CENTER KOREA SATELLITE 2014

Tarikh   : 26  Jun - 06 Julai 2014
Tempat :KSPO Keirin Training Center Yeongju City, Korea

26 Jun 2014

Seramai seorang jurulatih dan 2 orang atlet sukan Berbasikal Pelapis telah selamat tiba di Korea bagi menjalani Kem World Cycling Center Korea Satellite. Kem ini akan diadakan selama 2 bulan bermula 26 Jun hingga 14 Ogos 2014. Berikut merupakan senarai nama jurulatih dan atlet sukan Berbasikal Pelapis yang terlibat :

1. Muhammad Zamani Mustarudin (Jurulatih)
2. Muhammad Khairil Nizam Rasol (Atlet)
3. Eiman Firdaus Mohd Zamri (Atlet)

Seramai 19 pelumba dan jurulatih terlibat bagi Kem WCC-KS ini yang mana melibatkan penyertaan Malaysia, Singapore, Iran, Uzbekistan,Timor Leste, Mongolia dan Thailand. Ketua jurulatih yang terlibat bagi kem ini adalah Dr. Chester dari Great Britain.

27 Jun - 06 Julai 2014

27 Jun bermula program yang dilaksanakan di Kem WCC-KS yang mana jurulatih dan atlet menjalankan kerja-kerja pemasangan basikal sambil dipantau oleh ketua jurulatih serta pembantu. Turut diadakan pemantauan tempat latihan di KSPO Keirin Training Center Yeongju City, Korea yang mana keluasan trek veledrome adalah 333 m . Antara program yang dijalankan dalam tempoh satu minggu yang pertama melibatkan kelas teori dan praktikal bagi pengenalan kepada sukan Berbasikal dan teknik kayuhan bagi acara Trek serta peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh UCI. Turut dilaksanakan Watt Bike yang mana ujian ini bertujuan untuk menguji kekuatan pelumba. 

Secara keseluruhannya, bagi minggu pertama kem ini banyak memberi pengetahuan kepada jurulatih dan pelumba untuk mengetahui perkara asas bagi teknik kayuhan dan pengenalan acara trek sahaja. Pada minggu kedua program latihan akan lebih spesifik bagi acara sprint dan endurance. Jurulatih juga turut diberi beberapa tugasan untuk diselesaikan yang mana ia bertujuan untuk memberi pemahaman bagi acara trek. 

Sekian 


Laporan disediakan oleh

Muhammad Zamani Mustarudin

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.