Tuesday, July 15, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 14 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA

Keadaan di sekitar lokasi pertandingan iaitu Gyeongju pada hari ini agak panas di mana hampir mencecah 30 darjah celcius. Walau bagaimanapun pertandingan dijalankan di dalam gimnasium dan atlet semua berada dalam keadaan yang baik.

Hari ini 3 orang atlet Pelapis terlibat dengan acara masing-masing iaitu :

1) Thava Kumarisha dalam kategori wanita senior bawah 73kg
2) Jasmin Nabilla Bt Sukardi dalam kategori wanita junior bawah 52kg
3) Mohd Alif bin Mohd Rosli dalam kategori lelaki junior bawah 51kg

Thava Kumarisha tewas kepada pemain dari Korea (0 berbalas 1) di perlawanan pertama makala Mohd Alif Bin Mohd Rosli tewas juga kepada pemain dari Korea (8 berbalas 6). Kedua-dua pemain menunjukkan kesungguhan walaubagaimanapun nasib kurang meyebelahi mereka. Manakala Jasmin pula beraksi cemerlang apabila menang ke atas pemain Korea di pusingan pertama dengan mata 12 berbalas 5, dan di perlawanan kedua bertemu pemain dari Jepun dan menang 12 berbalas 9 untuk mara ke quaterfinal. Namun begitu, Jasmin terkandas di perlawanan ini dan kalah tipis kepada pemain dari Thailand dengan mata 5 berbalas 3.

Perlawanan ini amat penting sebagai pendedahan kepada atlet agar lebih ingin meningkatkan prestasi dan dapat membezakan tahap kebolehan mereka sekarang kepada atlet dari negara lain. Dua lagi atlet senior kebangsaan turut tewas di perlawanan pertama kerana persaingan yang sengit.

Esok hanya seorang atlet sahaja yang terlibat iaitu Aida Syahnaz Bt Azalan. Beliau akan mengambil acara wanita junior bawah 68kg. Kategori ini hanya terdapat penyertaan seramai 10 orang dari negara Korea, Chinese Taipei, Italy, Australia, Kanada serta Malaysia. Walaubagaimanapun, Aida Syahnaz yang baru pulih dari kecederaan akan cuba untuk memberikan yang terbaik setelah berehat untuk beberapa ketika.

Selain itu, beberapa nama besar dalam sukan taekwondo seperti Aaron Cook dan Steven Lopez akan beraksi esok. Acara ini dijangkakan antara yang paling menarik perhatian dan peluang ini amat baik kepada atlet junior untuk memerhatikan teknik pemain bertaraf dunia.

Sekian laporan hari keenam dari Gyeongju, Korea.
LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.