Saturday, July 12, 2014

LAPORAN HARIAN : HARI KETUJUH JUNIOR EUROPEAN CUP 2014 MOSCOW, RUSSIA

TARIKH :11 JULAI 2014
TEMPAT : MOSCOW, RUSSIA

Cuaca di Moscow hari ini agak sejuk berbanding hari-hari sebelumnya di mana suhu tertinggi dicatatkan bagi hari ini adalah 13 darjah celcius. Ini memberikan satu cabaran kepada pasukan Malaysia yang akan bertanding dalam cuaca yang sejuk.

Hari ketujuh bagi Junior European Cup 2014 berlangsung dengan acara Berpasukan untuk Recurve dan Compound bagi kategori Junior dan Cadet. Pasukan Wanita Malaysia telah diundi untuk bertemu dengan Belarus bagi 1/4 Final Round. Nasib tidak menyebelahi pasukan wanita apabila tewas 0-6 kepada kepada Belarus sekaligus gagal untuk mara ke separuh akhir.

Bagi pasukan lelaki pula, yang dibarisi oleh Nazir Omar, Muhammad Akmal dan Arriffuddinur Zakaria telah diundi bertemu dengan pasukan Amerika Syarikat bagi pusingan 1/8 Elimination Round. Pasukan ini melakar kemenangan 6-2 dan mara ke pusingan suku akhir.

Di pusingan suku akhir, pasukan Malaysia telah mencipta kejutan apabila menewaskan pasukan tuan rumah dan juga pasukan ranking pertama, Russia dengan mata 6-2 dan akan bertemu pasukan Germany di separuh akhir.  

Pertemuan separuh akhir di antara Malaysia dan Germany menyaksikan pasukan negara gagal untuk meneruskan rentak kemenangan apabila tumpas 2-6 dan hanya akan beraksi di penentuan tempat ketiga dan keempat.

Pasukan lelaki Malaysia sekadar menduduki tempat keempat bagi acara Recurve Junior Men apabila tewas 2-6 kepada Mexico dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Ini sekaligus menamatkan cabaran Malaysia di Moscow bagi edisi Junior European Cup kali ini.

Berikut adalah keputusan bagi pertandingan yang melibatkan pasukan Malaysia hari ini.

11 Julai 2014

Recurve Junior Women Team
1/4 Final Round
Malaysia vs Belarus (tewas 2-6)

Recurve Junior Men Team
1/8 Elimination Round
Malaysia vs Amerika Syarikat (menang 6-2)

1/4 Final Round
Malaysia vs Russia (menang 6-2)

1/2 Final Round
Malaysia vs Germany (tewas 6-2)

Bronze Medal Match
Malaysia vs Mexico (tewas 6-2)

Esok merupakan hari terakhir pertandingan dan akan dijalankan adalah pertandingan akhir bagi acara Recurve dan Compound Individu kategori Junior dan Cadet. Berikut adalah jadual pertandingan bagi hari terakhir Junior European Cup 2014.

Sabtu - 12 Julai 2014
Individual Matches Compound (Cadet)
9.30 pagi - Bronze Medal Match
9.45 pagi - Gold Medal Match

Individual Matches Compound (Junior)
10.15 pagi - Bronze Medal Match
10.30 pagi - Gold Medal Match

Individual  Matches Recurve (Cadet)
11.00 pagi - Bronze Medal Match
11.15 pagi - Gold Medal Match

Individual Matches Recurve (Junior)
11.45 pagi - Bronze Medal Matches
12.00 t/hari - Gold Medal Matches

Sekian sahaja laporan dari Moscow.


LAPORAN OLEH,
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.