Friday, July 11, 2014

LAPORAN HARIAN : HARI KEENAM JUNIOR EUROPEAN CUP 2014 MOSCOW, RUSSIA

TARIKH :10 JULAI 2014
TEMPAT : MOSCOW, RUSSIA

Hari keenam Junior European Cup 2014 adalah hari berlangsungnya acara Mixed Team bagi Compound (Cadet dan Junior) dan Recurve (Cadet dan Junior). Pasukan Malaysia bersaing di dalam kategori Recurve Junior Mixed Team. Bagi acara ini, atlet Nazir Omar digandingkan dengan Ng Sui Kim bagi menggalas cabaran dalam acara ini.

Pasukan Malaysia mendapat Bye bagi pusingan 1/16 dan bertemu dengan pasukan Italy di pusingan 1/8. Nasib tidak menyebelahi pasukan negara apabila tewas 0-6 kepada gandingan David Pasqualucci dan Gaia Rota.

Bagi acara berikutnya, pasukan Malaysia akan bertanding dalam acara Recurve Junior Berpasukan (Lelaki dan Wanita). Berikut adalah jadual bagi hari Jumaat (11 Julai 2014).

11 Julai 2014, Jumaat

Recurve Junior Men & Women (Team)

11.00 pagi - Warm Up
11.35 pagi - 1/8 Elimination Round
12.10 t/hari - 1/4 Final Round
12.45 t/hari - 1/2 Final round

Bagi acara berpasukan, pasukan lelaki akan bertemu USA dalam perlawanan 1/8 manakala pasukan wanita akan bertemu Belarus dalam perlawanan 1/4.

Sekian sahaja laporan dari Moscow.

LAPORAN OLEH,
SHA'IF BIN BAHARUDDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.