Saturday, July 5, 2014

LAPORAN HARI PERTAMA JUNIOR EUROPEAN CUP 2014 MOSCOW, RUSSIA

TEMPAT : MOSCOW, RUSSIA
TARIKH : 4 JULAI 2014

Pasukan Memanah Pelapis Kebangsaan telah berlepas ke Moscow, Russia pada 4 Julai 2014 bagi menyertai Junior European Cup 2014. Pasukan kali ini terdiri daripada 6 orang atlet (3 lelaki dan 3 wanita), 2 jurulatih dan seorang pengurus pasukan.

Pasukan ini telah berlepas pada jam 11.15 malam dan tiba di Turki sebelum menyambung semula perjalanan ke Moscow.

Ketibaan pasukan disambut oleh wakil daripada Russian Archery Federation di Lapangan Terbang Vnukovo dan terus dibawa ke hotel rasmi pertandingan, Astrus Hotel. Taklimat awal telah diberikan oleh pihak penganjur berkenaan pertandingan dan jadual.

Sekian sahaja laporan hari pertama dari Moscow, Russia.

Laporan Oleh,
Shai'f Baharuddin
Pengurus Sukan Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.