Tuesday, July 8, 2014

LAPORAN HARIAN HARI KETIGA : JUNIOR EUROPEAN CUP 2014

TARIKH : 7 JULAI 2014
TEMPAT : MOSCOW, RUSSIA

Hari ini mesyuarat pengurus pasukan telah diadakan di Bitsa Centre pada jam 12.00 tengahari. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Irena Rosa, Teknikal Delegat, World Archery Europe.

Bagi edisi kali ini, penyertaan adalah seramai 145 atlet bagi Recurve Junior dan Cadet, manakala seramai 66 atlet bagi Compound Junior dan Cadet. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 211 atlet dan 71 pegawai dan jurulatih dari 26 buah negara.

Pada sesi petang, sesi latihan rasmi dan Equipment Inspection telah dijalankan. Sesi bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir sekitar jam 6.30 petang. Acara seterusnya kemudian disambung dengan majlis perasmian pada jam 7.00 petang di mana dirasmikan oleh Presiden World Archery Europe, Encik Mario Scarzella. Majlis bersurai sekitar jam 7.45 petang sebelum pasukan pulang ke hotel penginapan.

Berikut adalah jadual pertandingan yang melibatkan atlet-atlet Malaysia di kejohanan ini:

8 Julai 2014 (Selasa)

3.00 petang - Pusingan Kelayakan (Recurve Junior Lelaki dan Wanita)
7.00 petang - 1/24 Pusingan Kelayakan (Recurve Junior Lelaki)

Sekian sahaja laporan dari Moscow, Russia.

LAPORAN OLEH,
SHAI'F BAHARUDDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.