Enam orang atlet Pelapis  Kebangsaan layak untuk ke Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland yang akan  berlangsung pada 23 Julai sehingga 3 Ogos 2014 ini nanti. Atlet-atlet tersebut terdiri  daripada 2 orang atlet menembak dan empat orang atlet angkat berat. Menerusi sukan  angkat berat ialah Mohd Hazril Huzairi  Ramli, Constantine Clement, Loro Wellkinson Peuji dan Zulhilmi Md Pisol.  Manakala dari Sukan menembak pula Zul Haziq Rosli dan Jasmi Mohd Zain.
Mohd Hazril Huzairi melayakkan  diri apabila mencatatkan angkatan seberat 127kg bagi acara snatch dan 166kg  bagi acara clean and jerk dengan keseluruhan 293kg dalam kategori berat badan 69kg kebawah ketika di Kejohanan Kebangsaan  di Kota Bharu pada 17 hingga 20 Februari 2014 yang lalu. Constantine Clement yang  berasal dari Sabah pula mencatatkan angkatan keseluruhan seberat 274kg secara  keseluruhan di Kejohanan 16th   Asian Youth Weightlifting pada 1 hingga 12 Februari  2014 yang lalu. Angkatan beliau bagi acara snatch ialah 120kg manakala clean and  jerk pula seberat 154kg.
Susulan dari kejayaan dua orang atlet tersebut, Zulhilmie Md Pisol  dan Loro Welkinson Peuji mengikut jejak langkah apabila masing-masing melepasi  kelayakkan di Kejohanan Pra Sukma Perlis pada 22 hingga 26 April 2014 yang lalu.  Loro Wellkinson di dalam kategori 77kg kebawah mencatatkan 134kg angkatan  snatch dan 160kg angkatan clean and jerk dengan keseluruhan 294kg melepasi  293kg angkatan kelayakan. Manakala, atlet berumur 20 tahun Zulhilmie Md Pisol  pula mencatatkan 106kg bagi acara snatch dan 135kg bagi acara clean and jerk dalam  kategori bawh 56kg dengan keseluruhan 241kg melepasi 237kg kelayakan.
Dua orang atlet menembak Pelapis Kebangsaan iaitu Zul Haziq dan Jasmi  Mohd Zain turut layak ke Sukan Komanwel berdasarkan pencapaian yang dicatatkan di  Kejohanan Piala Tun Tan Siew Sin pada 20 hingga 23 Februari  2014 yang lalu. Kelayakan untuk ke Komanwel bagi  acara 50m Rifle 3P ialah 1141 dan Zul Haziq telah mencatatkan sebanyak 1151  mata, manakala Jasmi Mohd Zain pula melepasi kelayakan 540 mata menerusi acara 50m  Pistol dengan mencatatkan 546 mata untuk mengikut jejak langkah Zul Haziq.
Zul Haziq dan Jasmi masing-masing menduduki ranking kedua tertinggi selepas lima kejohanan yang telah berlangsung pada tahun 2014 ini iaitu Kejohanan SSC, Kejohanan Menembak Piala Tun Tan Siew Sin, Kejohanan Menembak Piala Presiden Ally T.H Ong, Kejohanan Menembak Piala Tun Haniff dan yang terbaru Temasya Sukan Malaysia di Perlis. Berikut merupakan kedudukan ranking lima teratas bagi acara Free Pistol Men dan Rifle 3P Men secara keseluruhan:
Free Pistol Men
- Choo Wen Yan (Elit) - 548 mata
 - Jasmi Mohd Zin (Pelapis Kebangsaan) - 546 mata
 - Eddy Chew (Elit) - 541 mata
 - Jonathan Wong Guan Jie (Elit) - 541 mata
 - Alais Neek Sulong (ATM) - 541 mata
 
Free Rifle 3 Position Men
- Mohd Zubair Mohd (Elit) - 1159 mata
 - Zul Haziq Rosli (Pelapis Kebangsaan) - 1157 mata
 - Muhd Nurrahimin Abd Halim (Pahang) - 1152 mata
 - Mohd Hadafi Jaafar (Elit) - 1151 mata
 - Mohd Lutfi Othman (Pelapis Kebangsaan) - 1146
 
Walaubagaimanapun kedua atlet ini tidak terpilih untuk mewakili negara ke Temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dan mereka bertekad untuk terus berusaha memperbaiki catatan  mereka demi mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan lebih yakin untuk menyertai  kejohanan lain dimasa akan datang.

No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.