Monday, July 14, 2014

LAPORAN MINGGU KE 2 KEM WORLD CYCLING CENTER KOREA SATELLITE 2014


TARIKH : 6 JULAI - 14 JULAI 2014
TEMPAT : YANG-YANG INTERNATIONAL VELEDROME YANG-YANG COUNTRY,   KOREA
              
6 Julai 2014

Pada minggu ketiga kem WCC-KS, tempat latihan telah berpindah ke Yang-Yang Country yang mana tujuan kem WCC-KS ditempatkan di situ sebagai persiapan awal ke kejohanan tertutup Korea yang bermula 11 - 14 Julai 2014. Kawasan ini merupakan kawasan pantai dan mengambil masa 3 jam dari KSPO Keirin Training Centre.

7 Julai -10 julai 2014

Bermula 7 Julai 2014, program latihan WCC-KS lebih kepada teknik dan jugak taktikal semasa dalam perlumbaan. Setiap jurulatih diberi penerangan yang lebih terperinci oleh ketua jurulatih WCC-KS agar perlumba tidak gementar ketika perlumbaan. Selain itu, turut diadakan latihan yang lebih spesifik kursus bagi acara endurance seperti 'Attacking, Staking 4 lines dan Overtake Laps'. Teknik ini amat penting bagi acara point race,scratch race dan juga pelumbaan yang melibatkan ketahanan. Bagi acara sprint pula, beberapa latihan telah dijalankan iaitu Seated 2 Laps, Moto Pase 4 Laps and Flying 1 lap.

11 Julai-14 julai 2014

KSPO KERIN CENTER telah menganjurkan Kejohanan tertutup Korea yang mana peserta kem dibawah program WCC-KS turut terlibat bagi mengukur tahap kemampuan pelumba . Acara-acara yang di pertandingkan turut mengikut undang-undang UCI iaitu 200 m Sprint, Team Sprint, Team Pursuit, Individual Pursuit dan 1 km Time Trial, turut diadakan acara (Korea Style) iaitu Standing Start 1 Lap, Flying 2 Laps dan Team Sprint Wanita bertiga.

Catatan masa individu pelumba Malaysia :

1. Muhammad Khairil Nizam Rasol (Atlet)
    200 meter Sprint - 11.106
    1km time trial     -  1.11.346

2. Eiman Firdaus Mohd Zamri (Atlet
    3 km Ind Pursuit - 3.45.446
    1km time trial      -  1.09.426

Secara keseluruhannya pelumba Malaysia menunjukkan kayuhan yang baik. Sehingga pertengahan fasa kem ini, pasukan Malaysia berada dalam keadaan baik.

LAPORAN OLEH,
MUHAMMAD ZAMANI MUSTARUDIN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.