Thursday, July 10, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA

TARIKH : 10 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU KOREA

Hari ini atlet Pelapis Kebangsaan masih menjalankan latihan ringan bagi mengekalkan tahap kecergasan atlet yang dibimbing oleh S.Sarawanan dan Elaine Teoh selaku jurulatih sukan  taekwondo Pelapis Kebangsaan. Latihan dijalankan pada pukul 7.30 pagi di sekitar penginapan iaitu Will Motel.

Seterusnya pada pukul 2.00 petang jurulatih dan pegawai pengiring menghadiri mesyuarat Pengurus pasukan yang diadakan di Commodore Hotel. Beberapa peraturan baru turut diperkenalkan dan oleh kerana penyertaan yang ramai, kategori junior akan menggunakan format 1 minit perlawanan (3 rounds) dan 30 saat masa rehat. Format ini akan digunakan sehingga quarterfinals dan perlawanan seterusnya selama 1 minit 30 saat (3 rounds) dan 30 saat masa rehat.

Latihan masih dijalankan pada sebelah petang tetapi dengan intensiti yang lebih ringan dan seperti biasa para atlet yang beragama Islam masih meneruskan ibadah puasa walaupun dalam jangka masa yang lebih panjang iaitu selama 17 jam.

Esok dijadualkan akan bermula pertandingan, walaubagaimanapun atlet Pelapis Kebangsaan tidak terlibat untuk acara yang dijalankan. Pasukan akan ke venue pertandingan bagi meninjau suasana dan membiasakan diri dengan peraturan baru disamping memerhati teknik-teknik perlawanan atlet dari negara lain.

Berikut merupakan jadual perjalanan untuk hari esok (11.07.2014)

10.00 am : Pertandingan bermula (Gyeorugi) - Gyeongju Gym
4.30pm    : Majlis pembukaan (Opening Ceremony) - Gyeongju Gym 
6.30pm    : Welcoming Party - Hyundai Hotel

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU
CAWANGAN PELAPIS MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.