Wednesday, July 9, 2014

KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 09 JULAI 2014
TEMPAT : GYEONGJU, KOREA

Pasukan Taekwondo Pelapis Kebangsaan telah berlepas ke Gyeongju, Korea pada 8 Julai 2014 (11.00 malam) dan tiba di Seoul (Incheon) Airport pada 9 Julai 2014 (8.00pagi) bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea kali ke-8.

Pasukan ini terdiri daripada 2 orang jurulatih, seorang pegawai pengiring dan 8 orang atlet Pelapis Kebangsaan. 5 orang atlet wanita dan 3 orang atlet lelaki atlet Pelapis Kebangsaan akan menggalas cabaran dalam kategori junior nanti. Berikut merupakan atlet yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan kali ini.

1) Mohammad Alif Bin Mohd Rosli - Kategori lelaki junior bawah 51kg
2) Khir Amir Salam Bin Mohd Sulaiman - Kategori lelaki junior bawah 55kg
3) Navin A/L Krishnasamy - Kategori lelaki junior bawah 73kg
4) Nur Fasha Qistina Binti Shaharuddin - Kategori wanita junior 49kg
5) Jasmin Nabilla Binti Sukardi - Kategori wanita junior 52kg
6) Mohana A/P Mariappen - Kategori wanita junior 59kg
7) Aida Syahnaz Binti Azalan - Kategori wanita junior 63kg
8) Thava Kumarisha A/P Rathanam - Kategori wanita junior 73kg

Pasukan tiba di Seoul Airport seawal 8.00 pagi dan ketibaan disambut oleh pasukan Taekwondo Elit bersama dengan dua lagi jurulatih. Perjalanan diteruskan lagi ke venue pertandingan iaitu Gyeongju yang mengambil masa 6 jam. Setibanya di Gyeongju pendaftaran dan sesi mengambil gambar dijalankan.

Lokasi penginapan juga terletak di sekitar Gyeongju dan mengambil masa dalam beberapa minit sahaja untuk sampai. Walaupun perjalanan jauh dan jangka masa yang agak lama berbanding di Malaysia namun para atlet yang beragama Islam masih menjalankan ibadah puasa seperti biasa.
Sekian laporan hari pertama dari Gyeongju, Korea.

Laporan Oleh,
Nency Eve Gasinau
Cawangan Pelapis MSNM

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.