Thursday, July 17, 2014

LAPORAN HARIAN KEJOHANAN ANTARABANGSA TAEKWONDO TERBUKA KOREA KALI KE-8 2014 GYEONGJU, KOREA


TARIKH : 16 JULAI 2014
TEMPAT : GIMNASIUM GYEONGJU, KOREA

Hari ini merupakan hari keenam kejohanan yang merupakan hari terakhir berlangsungnya Kejohanan Antarabangsa Taekwondo Terbuka Korea 2014. 11 lagi pingat emas ditawarkan yang melibatkan acara bagi junior dan juga senior.

Hari terakhir menyaksikan satu lagi pingat gangsa buat Malaysia melalui Khir Amir Salam dalam acara lelaki junior bawah 73kg. Berikut merupakan kronologi perlawanan beliau.

1) Perlawanan pertama mendapat bye apabila pemain dari Korea tidak hadir.
2) Perlawanan kedua menang ke atas pemain Korea dengan pungutan mata 8 berbalas 4.
3) Selepas perlawanan kedua Khir Amir Salam layak ke quaterfinal bertemu dengan pemain dari Taiwan dan menang dengan pungutan mata 13 berbalas 6.
4) Pada pusingan semifinal beliau bertemu dengan pemain Iran namun kecundang dengan pungutan mata 10 berbalas 2.

Selain itu, seorang lagi atlet Pelapis layak sehingga ke quaterfinal iaitu Mohana Priya Mariappen dalam acara wanita junior bawah 59kg.

1) Perlawanan pertama bertemu pemain dari Canada dan menang dengan mata 5 berbalas 3.
2) Perlawanan kedua menang ke atas Korea dengan mata 3 berbalas 1 dan layak ke quaterfinal.
3) Pusingan Quaterfinal tewas kepada pemain dari Italy dengan mata 2 berbalas 7.

Secara keseluruhannya, pada kejohanan kali ini 2 pingat gangsa telah dikutip menerusi Navin Arikrisnasamy dan Khir Amir Salam. Manakala Jasmin Nabilla dan Mohana Priya Mariappen layak sehingga ke quaterfinal. 4 lagi atlet iaitu Nur Fasha Qistina, Mohd Alif dan Thava Kumarisha tewas di pusingan pertama dalam acara masing-masing.

Pada sebelah petang, pasukan menerima kunjungan dari Master Dhanaraj. Beliau sempat menyaksikan perlawanan kedua Khir Amir Salam sebelum berangkat kembaki ke Seoul.

Selepas ini 3 orang iaitu jurulatih Sarawanan, Mohana Priya dan pegawai pengiring akan bertolak ke lapangan terbang Incheon dari Gyeongju pada pukul 3.30 pagi dan dijangka tiba pada pukul 8 pagi bersama pasukan senior kebangsaan. Manakala atlet junior yang lain bersama jurulatih Elaine Teoh akan ke Muju pada 18 Julai 2014 bagi menyertai Taekwondo Youth Camp. Camp training ini adalah ditaja oleh Korea Taekwondo Federation (KTF)  dimana tempat tinggal, makanan, perjalanan dan pengisian program ditanggung oleh KTF. Hanya negara yang dijemput sahaja akan menyertai program ini dimana terhad kepada 150 orang atlet sahaja. Pada 17 Julai 2014 3 lagi atlet Pelapis Serantau akan tiba di Incheon Airport bagi menyertai program ini. Atlet akan kembali ke tanah air pada 25 Julai 2014 nanti.

Sekian laporan dari Gyeongju, Korea.

LAPORAN OLEH,
NENCY EVE GASINAU

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.