Sunday, March 22, 2015

KEJOHANAN PELAPIS PERINGKAT ZON TIMUR 1/ 2015 : 20 MAC 2015

Kejohanan  Pelapis Peringkat Zon Siri 01/ 2015 ( Zon Pantai Timur) membuka tirai bagi tahun 2015 dengan USPTN Terengganu dipilih sebagai tuan rumah. Bagi edisi kali ini, USPTN Terengganu akan menganjurkan 7 sukan iaitu Memanah, Angkat Berat, Olahraga, Tinju, Gimnastik, Sepaktakraw dan Menembak.

Pada hari ini juga mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan bagi proses menyelaraskan dan mengesahkan penyertaan dari negeri - negeri terlibat. Berikut adalah merupakan maklumat berkaitan mesyuarat Pengurus Pasukan :

Angkat Berat
Tempat : Bilik Seminar, MSN Terengganu
Masa : 5.00 petang

Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri.

Olahraga
Tempat : Bilik Mesyuarat USPTN Terengganu
Masa : 5.00 petang

Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri.

Memanah

Tempat : Institut Pengajian Intergriti
Masa : 5.00 petang

Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri.

Gimnastik
Tempat : Gimnasium Gimnastik, Negeri Terengganu
Masa : 5.00 petang

Tiada sebarang Isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri-negeri

Sepaktakraw
Tempat : Bilik Mesyuarat, MSN Terengganu
Masa : 6.30 petang

Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri-negeri. Ada penyertaan dari kelab.

Menembak
Tempat : Bilik Mesyuarat, Lapang Sasar Gong KUIN
Masa : 5.00 petang

Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri. Tiada penyertaan dari Negeri Kelantan.

Tinju
Tempat : PLN Tinju Besut
Masa : 8.00 malam

Tiada sebarang isu berbangkit. Mesyuarat mengesahkan penyertaan atlet negeri - negeri.

Esok akan bermulanya kejohanan bagi sukan - sukan terlibat. Dijangka Sukan Olahraga, Sepaktakraw, Gimnastik dan Menembak akan dijalankan 1 hari sahaja. manakala Sukan Angkat Berat, Memanah dan Tinju akan menutup tirai kejohanan mengikut jadual kejohanan.

Sekian laporan hari pertama dari Kuala Terengganu.

LAPORAN OLEH, 
NAZLIN SHIMA ROSLI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.