Wednesday, June 15, 2011

Kem Menembak 2011: Hari ke 3



Hari Ketiga
Tarikh : 15 Jun 2011
Masa : 7.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (12 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang

Laporan :
Hari ketiga dimulakan dengan perhimpunan pagi dan sarapan pagi di lapang sasar. Pada jam 9.00am, pertandingan dalaman bagi acara pistol & air rifle - 10 meter (W) telah dimulakan dan ia dikendalikan oleh jurulatih Sabki & Yusri serta dibantu oleh semua jurulatih negeri. Seramai 10 orang atlet untuk acara pistol dan 14 orang atlet untuk acara air rifle dan acara dijangkakan tamat pada jam 10.35am. Jam 11.00am akan diteruskan dengan acara pistol & air rifle - 10 meter (L) dan ia melibatkan seramai 12 orang acara pistol dan 8 orang acara air rifle. Dalam masa yang sama, atlet PK menjalani latihan seperti biasa di lapang sasar 25 meter & 50 meter dengan diperhatikan oleh jurulatih masing-masing. Bagi aktiviti pagi akan ditamatkan pada jam 1.00pm. Sesi petang bermula pada jam 3.00pm dengan latihan seperti biasa sehingga jam 5.30pm. Jam 7.45pm semua mula bertolak semula ke JBS untuk makan malam dan ceramah persediaan fizikal oleh staf ISN Satelit Melaka sehingga jam 11.00pm.

Laporan :
NORJIHAN BASHAH

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.