Monday, June 6, 2011

Sukma 2011: Berbasikal Trek

Hari ini berlangsung beberapa acara menarik seperti individu persuit dan team persuit yang menjanjikan debaran peminat di velodrom Cheras venue bagi Sukma kali ini.

Jupha sekali lagi menjadi tumpuan apabila cuba mengejar emas kedua dan ketiganya. Jupha juga menjadi sandaran Perlis untuk meraih seberapa banyak pingat emas didalam pelbagai acara sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Selangor juga memperlihatkan kebangkitan dalam sukan berbasikal apabila meraih satu lagi pingat emas dalam acara team persuit lelaki dan nyaris-nyaris melakukan double dalam acara wanita.

Setakat hari ini sebanyak 12 pingat telah dipertandingkan dengan Terengganu memperolehi 3 emas di ikuti rapat oleh Perlis dengan 3 emas. Selangor memunggut 2 emas, N.Sembilan 2 emas, Kedah 1 emas dan Pahang 1 emas.

Tahniah kepada semua pemenang.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.