Wednesday, June 1, 2011

3rd ASIAN ARCHERY GRAND PRIX AND ASIAN YOUTHARCHERY CHAMPIONSHIP 2011 DHAKA, BANGLADESH

Pasukan Memanah negara telah selamat tiba di tanah air tepat jam 1055 malam di LCCT. Terbayang wajah kepuasan di muka Pengurus pasukan atas kejayaan negara apabila di sambut oleh wakil Cawangan Pelapis.

En. Othman selaku jurulatih pasukan amat berpuas hati dengan kejayaan anak buahnya pada kejohanan kali ini. Saingan pemanah-pemanah dari India, Chinese Teipei yang rata-rata membariskan pemanah terbaik mereka tidak mengerunkan pemanah muda negara. Pasukan Thailand yang membariskan pasukan Sea Games mereka mengakui bahawa pasukan negara telah menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan.

Sekalung tahniah kepada pasukan negara dan terima kasih kepada pengurus pasukan dan jurulatih pasukan yang bertungkus lumus menguruskan pasukan di Dhaka.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.