Wednesday, June 15, 2011

KEM MENEMBAK PELAPIS 2011, MELAKA: Laporan hari Kedua










Hari Kedua
Tarikh : 14 Jun 2011
Masa : 7.00am - 11.00pm
Tempat : Lapang Sasar Menembak - Ayer Keroh, Melaka
Jumlah atlet : 56 orang (12 orang PK)
Jumlah Jurulatih : 10 orang (4 orang PK)
Jumlah Urusetia : 3 orang

Laporan :
Pada jam 7am semua bertolak ke Lapang Sasar untuk memulakan aktiviti hari kedua. Aktiviti dimulakan dengan perbarisan pagi & semua atlet bersama jurulatih turut terlibat. Pada jam 8.30am, semua atlet telah menyiapkan senjata dan diri untuk sesi latihan yang pertama. Bagi acara air rifle, ia dikendalikan oleh jurulatih PK iaitu coach Yusri dengan bantuan jurulatih negeri. Semua atlet yang terlibat telah membuat persediaan dan tepat jam 9.45am mereka akan memulakan tembakan sebanyak 40 shot sahaja. Begitu juga dengan acara lain iaitu 50 meter prone, 50 meter 3P dan 25 meter pistol (lelaki & wanita). Setiap acara dikendalikan oleh jurulatih Pelapis Kebangsaan dan dibantu oleh jurulatih Pelapis Negeri sehingga jam 12.00pm. Pada jam 1.00pm, makan tengahari dan atlet akan berehat sehingga jam 3pm. Pergerakan seterusnya ke ISN, Melaka untuk menjalani ujian kecergasan & semua atlet PN bersama jurulatih berjalan kaki ke sana pada jam 3.15pm. Manakala atlet PK pula meneruskan sesi latihan kedua di lapang sasar sehingga jam 4.30pm. Ujian kecergasan masih diteruskan sehingga jam 6.40pm. Pada jam 8.15pm, semua akan ke Jabatan Belia & Sukan Melaka untuk makan malam & terus dengan aktiviti malam iaitu ceramah fisiologi oleh saudara Boon Tatt dari Institut Sukan Negara Malaysia sehingga jam 11.00pm.

Laporan:
NORJIHAN BASHAH

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.