Wednesday, September 28, 2011

18th Mazandaran International Cycling Tour 2011




Salam,

Berikut adalah sedikit laporan kejohanan Peringkat 1 Azadi Hotel - Telakabin 72.5 km

Kejohanan berjalan di dalam keadaan hujan lebat dan cuaca sejuk sekitar 18 darjah celsius.Walaupun agak sukar tetapi tahniah kepada pelumba kerana berusaha sedaya upaya menyesuaikan diri dengan cuaca sebegitu.Permulaan yang baik dan memuaskan pada hari ini kerana semua pelumba negara berjaya menamatkan perlumbaan dikalangan 58 peserta bertanding dari pada 12 pasukan yang menyertai kejohanan.

Keputusan Peringkat 1 :
1.Fuslan Fedorov ( Uzbekistan ) 1.43.28
2.Edvard Matosyan ( Armenia ) 1.43.28
3.Adel Barbari ( Algeria ) 1.43.59
10.Sofian Nabil Mohd Bakri ( Malaysia ) 1.44.10 (USD 100)
12.Mohd Faiz Izzudin ( Malaysia ) 1.44.10 ( USD 40)
18.Hamdan Hmidun (Malaysia) 1.44.10 (USD 40)
35.Fahmi Farhan Ahamad Fuat 1.44.35

Intermidiete Sprint :
1.Aref Bigonah (Tehran Traffic) 5 mata
2.Sofian Nabil ( Malaysia) 3 mata
3.Evard Matosyan (Armenia) 2 mata

Team Overall
1. Armenia 5.11.48
2.Algeria 5.12.18
3.Pertochimi Tabriz 5.12.30
4.Malaysia 5.12.30
5.Kashi Yazd 5.12.30

Berikut maklumat mengenai Peringkat 2 Chalous - Ramsar 92km
Terdapat dua zon pecut dan satu zon pendakian padaketinggian 400 meter dari paras laut.


laporan hari pertama

Pasukan remaja negara telah tiba di tempat kejohanan pada jam 9.00 malam waktu tempatan kira-kira jam 2.00 pagi waktu Malaysia
26 September 2011 iaitu Persian Azadi Hotel , Namakabroud Iran.
Setelah bermalam 1 hari di Azadi Sports Complex, Tehran.
Persiapan pasukan untuk menyetai perlumbaan esok berjalan lancar dan juga atlit berada dalam keadaan sihat.

Cuaca agak sejuk iaitu 20 darjah celsius berserta hujan.
Sebanyak 15 pasukan menyertai kejohanan ini termasuk 6 pasukan jemputan luar negara
iaitu Malaysia , Armenia, Uzbekistan, Turki, Thailand, Arzebaijan.
Perlumbaan peringkat pertama esok meliputi jarak 70.2 km dan menawarkan 1 zon pecutan.

Senarai Pasukan Malaysia:
Pengurus : Eddie Norshamshidi B Abd Rashid
Mekanik : Mohd Mutaqim Abd Kadir
Atlit : Mohd Sofian Nabil Omar B Mohd Bakri (Pel. Keb / Ter)
: Hamdan B.Hamidun (Pel. Keb / Sel)
: Mohd Faiz Izzudin B. Omar (Pel. Serantau / Sel)
: Ahmad Fahmi Farhan B. Ahmad Fuat (ASZU / Phg)

Sekian sedikit laporan semasa dari pasukan.

Doakan perjalanan dan perlumbaan yang baik untuk pasukan Malaysia.

Terima Kasih.

Laporan disediakan oleh:

eddie norshamshidi abd rashid

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.