Tarikh:3 Mac 2013
Tempat: New Delhi India
Sesi latihan pagi ini dimulakan pada jam 10.00 pagi di trek indoor 
velodrome. Terdapat kekalutan pada pagi ini dimana pasukan negara 
terpaksa berpindah ke hotel penginapan yang baru oleh pihak penganjur. 
Seluruh pasukan terpaksa mengemas bag pakaian masing-masing sebelum jam 
8.00 am dan bertolak ke terus ke hotel baru dan seterusnya ke tempat 
velodrome.
Pasukan paralimpik telah tiba pada 2 hb yang diketuai oleh Johari 
Nayan. Pasukan paralimpik juga tidak dapat menjalani latihan di 
lebuhraya kerana kesesakkan jalanraya dan litar formula 1 yang akan akan
 dibuka sehari sebelum pertandingan.Ini menyebabkan kerugiaan dimana 
selama 5 hari sebelum kejohanan mereka disini hanya tinggal di hotel dan
 tidak boleh menjalani latihan seperti biasa.Pengurusan paralimpik 
sepatutnya perlu lebih peka akan latihan yang diperlukan sebelum 
kejohanan dan seperti sedia maklum perbelanjaan ke kejohanan seperti ini
 bukanlah murah.
Bagi pasukan senior trek lelaki dan wanita dijangka akan sampai pada malam ini waktu Delhi jam 10.00 malam di hotel.
Keadaan kesemua atlet berada didalam keadaan baik dan nampaknya 
atlet-atlet ini sudah dapat menyesuaikan diri didalam trek ini. Latihan 
pagi ini juga mengambil masa kira-kira 3 jam yang tamat pada jam 1.00pm 
dan sampai di hotel pada jam 2.00 pm.
Sekian laporan dari delhi.
+(Small).jpg)
+(Small).jpg)
+(Small).jpg)
+(Small).jpg)
+(Small).jpg)
+(Small).jpg)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.