Wednesday, March 6, 2013

Laporan harian kejohanan ACC 2013 : 5 Mac

Tarikh:5 mac 2013
Tempat: New Delhi India

Hari ini program latihan didalam trek velodrome Indera Ghandi Sports Complex bermula pada jam 12.00tgh hingga 2.00 petang mengikut jadual rasmi latihan untuk pasukan-pasukan yang telah ditetapkan oleh penganjur. 

Seperti sedia maklum latihan pasukan elit dikendalikan oleh John BEASLEY, Graham Sears dan Harnizam Basri. Dimana sesi latihan seramai 30 atlet termasuk pasukan junior memerlukan penggunaan masa yang efisen bagi setiap perancangan latihan tidak terganggu..

Pembahagian tugas kepada mekanik elit,pelapis jurulatih dilihat berjalan lancar dimana pasukan mekanik akan bergerak awal ke velodrome iaitu 2 jam sebelum ketibaan atlet bagi persiapan dan kelengkapan basikal untuk kedua-dua pasukan. Ini bagi memastikan kelewatan tidak berlaku dan masa 2 jam yang diperuntukan digunakan sepenuhnya dan sebaiknya.

Kelihatan juga disini pihak penganjur masih membuat persiapan didalam velodrome yang mana velodrome ini hanya baru boleh digunakan 6 bulan yang lalu semenjak dari sukan Komanwel 2010 tamat. 

Diberitakan juga didalam akbar harian disini. Pasukan Iran mengalami masalah visa dan telah maklumkan kepada pihak penganjur jika visa tidak diperolehi pasukan Iran tidak akan menyertai kejohanan ACC pada kali kini.

Program bagi esok latihan ditempat yang sama bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh. Mesyuarat pengurus pasukan dan pendaftaran atlet untuk kejohanan  trek akan bermula pada sebelah petang pada jam 4.00 petang.

Sekian laporan dari Delhi.











1 comment:

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.