Tarikh:5 mac 2013
Tempat: New Delhi India
Hari
 ini program latihan didalam trek velodrome Indera Ghandi Sports Complex
 bermula pada jam 12.00tgh hingga 2.00 petang mengikut jadual rasmi 
latihan untuk pasukan-pasukan yang telah ditetapkan oleh penganjur. 
Seperti
 sedia maklum latihan pasukan elit dikendalikan oleh John BEASLEY, 
Graham Sears dan Harnizam Basri. Dimana sesi latihan seramai 30 atlet 
termasuk pasukan junior memerlukan penggunaan masa yang efisen bagi 
setiap perancangan latihan tidak terganggu..
Pembahagian
 tugas kepada mekanik elit,pelapis jurulatih dilihat berjalan lancar 
dimana pasukan mekanik akan bergerak awal ke velodrome iaitu 2 jam 
sebelum ketibaan atlet bagi persiapan dan kelengkapan basikal untuk 
kedua-dua pasukan. Ini bagi memastikan kelewatan tidak berlaku dan masa 2
 jam yang diperuntukan digunakan sepenuhnya dan sebaiknya.
Kelihatan
 juga disini pihak penganjur masih membuat persiapan didalam velodrome 
yang mana velodrome ini hanya baru boleh digunakan 6 bulan yang lalu 
semenjak dari sukan Komanwel 2010 tamat. 
Diberitakan
 juga didalam akbar harian disini. Pasukan Iran mengalami masalah visa 
dan telah maklumkan kepada pihak penganjur jika visa tidak diperolehi 
pasukan Iran tidak akan menyertai kejohanan ACC pada kali kini.
Program
 bagi esok latihan ditempat yang sama bermula pada jam 10.00 pagi hingga
 12.00 tgh. Mesyuarat pengurus pasukan dan pendaftaran atlet untuk 
kejohanan  trek akan bermula pada sebelah petang pada jam 4.00 petang.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
terbaik!
ReplyDelete