Friday, March 8, 2013

KEJOHANAN H.H THE AMIR OF KUWAIT 2ND. INTERNATIONAL SHOOTING GRAND PRIX 2013

Salam....
Laporan Hari Keenam :
Tarikh : 07 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 7.00am - 3.00pm
Keadaan Cuaca : 13 c
Tempat : Hotel - Lapangsasar Kuwait
Untuk hari semalam, rutin harian masih sama iaitu kontigen bertolak dari hotel pada jam 7.00am dan sampai sahaja di lapangsasar, atlet memulakan persediaan diri masing-masing bagi yang terlibat dengan pertandingan. 
Acara yang dipertandingkan adalah 50m rifle 3 position (w) dan 10m air pistol (w).  Bagi acara 50m rifle 3 position (w), seramai 20 orang atlet yang mengambil bahagian yang melibatkan 10 buah negara sahaja. Manakala bagi acara 10m air pistol (w) pula, seramai 51 orang atlet dari 14 buah negara yang bertanding.  Cuaca di sini terlalu sejuk dan berangin dan ini merupakan salah satu gangguan pada atlet terutamanya bagi acara 50m rifle 3 position (w) kerana pertandingan tersebut dijalankan di kawasan terbuka.
Berikut adalah keputusan atlet Pelapis Kebangsaan :
50m rifle 3 position (w) :
1. Aida Natasya Mohd. Rasip - 530 (Rank 19/20)
10m air pistol (w) :
1. Judith Sharon Jimmy - 365 (Rank 23/51)
2. Zunaira Zakaria - 362 (Rank 28/51)
3. Siti Nurhana Hazmi - 354 (Rank 37/51)
Keputusan AKHIR :
50m rifle 3 position (w) :
1. Arsovic Andrea (SRB) - 454.0
2. Malinovskaya Alexandra (KAZ) - 449.6
3. Maksimovic Ivana (SRB) - 437.8
10m air pistol (w) :
1. Arunovic Zorana (SRB) - 198.8
2. Singh Annu Raj (IND) - 197.2
3. Velickovic Bobana (SRB) - 177.1
Maklumat terkini : 

Bagi kedua-dua acara di atas untuk pertandingan permulaan, tiada sebarang perubahan dari segi permarkahan (mata menggunakan nilai perpuluhan) memandangkan acara tersebut tidak pernah mencapai markah penuh sewaktu mana-mana pertandingan terdahulu.  Contoh, 50m rifle 3 position (w) - mata penuh 600 tetapi tiada atlet yang pernah melepasinya, maka sistem permarkahan baru tidak digunakan sewaktu permulaan acara melainkan pada pertandingan akhir sahaja nilai perpuluhan tersebut akan digunapakai semula (peraturan baru dari ISSF).
Pada jam 11.00am, sesi latihan (PET) telah dijalankan untuk 3 acara yang akan dipertandingkan pada hari ini dan acara tersebut adalah 50m rifle 3 postion (m), 10m air pistol (m) dan 25m sport pistol (w).
Waktu di Kuwait sekarang 9.44am (8 Mac 2013) dan sekarang sedang berlangsung acara 50m rifle 3 position (m), 10m air pistol(m) dan 25m sport pistol (w).
Norjihan melaporkan dari Kuwait

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.