Saturday, March 9, 2013

KEJOHANAN H.H THE AMIR OF KUWAIT 2ND. INTERNATIONAL SHOOTING GRAND PRIX 2013

Salam
Laporan Hari Ketujuh
(hari terakhir kejohanan) :
Tarikh : 08 Mac 2013 (Jumaat)
Masa : 7.00am - 4.00pm
Keadaan Cuaca : 13 c (pagi) dan 20 c (petang)
Tempat : Hotel - Lapangsasar Kuwait
Tamatlah sudah kejohanan menembak di Kuwait ini yang telah berlangsung selama 7 hari.  Seperti hari-hari sebelum ini, acara pagi bermula serentak pada jam 8.45am dengan acara 50m rifle 3 position (m) yang disertai oleh 3 orang atlet Pelapis Kebangsaan iaitu Razi Aizat Adzha, Nik Mohd. A'imullah Supardi dan Mohd. Lutfi Othman. Acara 10m air pistol (m) pula disertai oleh Choo Wen Yan dan Eddy Chew, manakala acara 25m sport pistol pula disertai oleh Judith Sharon Jimmy, Siti Nurhana Hazmi dan Zunaira Zakaria.
Untuk acara 50m rifle 3 position (m) seramai 42 orang atlet terlibat dari 14 buah negara dan atlet Pelapis Kebangsaan hanya berjaya menduduki tempat ke-19, 28 dan 31 daripada 42.  Bagi acara 10m air pistol (m) pula, seramai 59 orang atlet menyertainya dari 18 buah negara dan kedudukan atlet kita berada di tangga ke-10 dan 28.  Untuk acara 25m sport pistol (w), seramai 30 orang atlet terlibat dari 9 buah negara.
Berikut adalah keputusan atlet Pelapis Kebangsaan :
50m rifle 3 position (m) :
1. Mohd. Lutfi Othman - 1137 (rank 19/42)
2. Razi Aizat Adzha - 1124 (rank 28/42)
3. Nik Mohd. A'imullah Supardi - 1115 (rank 31/42)
10m air pistol (m) :
1. Eddy Chew - 571 (rank 10/59)
   (melepasi kelayakan SEA Games 570 - NSAM)
2. Choo Wen Yan - 558 (rank 28/59)
25m sport pistol (w) :
1. Nur Zunaira Zakaria - 569 (rank 9/30)
2. Siti Nurhana Hazmi - 548 (rank 14/30)
3. Judith Sharon Jimmy - 523 (rank 22/30)
Keputusan AKHIR :
50m rifle 3 position (m) :
1. Bryhn Ole Kristian (NOR) - 458.1
2. Kolstad Clussen Simon (NOR) - 457.4
3. Debevec Rajmond (SLO) - 442.7
10m air pistol (m) :
1. Yunusmetov Rashid (KAZ) - 199.2
2. Amit Kumar (IND) - 197.5
3. Grgic Dimitrite (SRB) - 174.9
25m sport pistol (w) :
1. Arunovic Zorana (SRB) - 582 (16 hit)
2. Bibiana (MAS) - 572 (15 hit)
3. Baibussinova Zauresh (KAZ) - 573 (14 hit)
   (Hit pengiraan semi final sehingga final untuk tentukan pemenang)
Kontigen akan bertolak balik ke Malaysia pada hari ini (9 Mac 2013) dan masa penerbangan dari Kuwait pada jam 5.15pm.

Norjihan melaporkan dari Kuwait

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.