Thursday, March 14, 2013

ACC 2013: Laporan harian terakhir













Tarikh: 11 Mac 2013
Tempat: New Delhi

Hari terakhir acara trek menghasilkan 5 pingat emas 1 perak dan 1 gangsa.Berikut adalah  pemenang hari terakhir:

Sprint men elit
Josiah Ng-gold

Sprint women elit
Fatehah Mustafa- gold

Sprint men junior
Mohd Firdaus Mohd Zonis-gold

Keirin Men elite
Josiah Ng-gold

Keirin Men junior
Mohd Firdaus Mohd Zonis-gold

Keirin women elite
Fatehah mustafa- silver

Point race women junior
Noor azian maslin sazali- bronze

Keseluruhan pungutan pingat mengikut kategori:

Kategori elit:
3 emas
2 perak
1 gangsa

Kategori junior
4 emas
1 perak
4 gangsa

Secara keseluruhan pencapaian 
bagi pasukan junior ianya merupakan pencapaian terbaik sepanjang penyertaan ke kejohanan ACC Junior selepas di ACC 2006 di Kuala Lumpur iaitu 3 emas 2 perak 1 gangsa. 

Apa yang lagi membanggakan pelumba remaja Mohd Firdaus Mohd Zonis telah menyamai rekod pencapaian Azizul Hasni Awang 3 pingat emas dan 1 perak di kejohanan yang sama di Kuala Lumpur 2006.

Bahkan juga beliau juga telah memecahkan rekod kejohanan bagi acara 1km men junior. 

Apa yang menariknya lagi beliau masih berumur 17 tahun dan masih lagi layak bertanding didalam kategori junior bagi kejohanan ACC 2014.

Bagi acara endurance juga pencapaian pasukan junior didalam acara team pursuit juga amat membanggakan walaupun memperolehi pingat gangsa tetapi catatan masa yang dibuat berjaya mengatasi catatan pasukan elit malaysia dari masa kelayakan dan juga penentuan pingat gangsa. 

Acara individu pursuit juga amat membanggakan dimana muhd farid razali berjaya mencatat rekod baru kebangsaan remaja dan mengikut catatan yang dibuat beliau layak ke program elit secara automatik.

Beberapa atlet dari pasukan ini juga masih boleh layak bertanding pada tahun hadapan dan perancangan seterusnya kelayakkan melayakkan diri ke kejohanan world junior yang bermula pada April hingga Mei di Kuala Lumpur.

Sekian laporan dari Delhi jumpa lagi di ACC 2014 di ASTANA.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.