Thursday, March 21, 2013

Laporan Hari Pertama - Perhimpunan Atlet PK & PS 2013

Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan & Pelapis Serantau 2013

Jumlah Atlet Pelapis Kebangsaan : 79 lelaki, 56 Wanita
Jumlah Atlet Pelapis Serantau      : 54 Lelaki, 15 Wanita
Jumlah Jurulatih : 26 Lelaki, 1 Wanita
Jumlah Urusetia : 34 orang

Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara sedang mengadakan satu program Perhimpunan Atlet Pelapis Kebangsaan &  Pelapis Serantau 2013 pada 20 – 22 Mac 2013 di ILMU, Janda Baik, Pahang. Perhimpunan Atlet Pelapis ini adalah merupakan program tahunan bagi atlet-atlet pelapis dimana tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menghimpunkan kesemua atlet-atlet berbakat daripada 21 jenis sukan di bawah program Pelapis.  Di samping itu juga, beberapa aktiviti sampingan seperti ceramah motivasi serta semangat kenegaraan akan turut diadakan semasa program ini berlangsung.

Hari pertama program bermula pada jam 8.00 pagi dimana semua atlet yang berpusat di Majlis Negara berkumpul di hadapan Casa 1, MSN untuk bertolak ke pusat ILMU di Janda Baik. Manakala atlet-atlet dari Akademi Serantau Zon Utara (ASZU) bertolak dengan menaiki 2 buah bas dan 3 buah van seawal pukul 1.30 pagi dan selamat tiba di destinasi pada pukul 8.45 pagi. Bagi atlet-atlet yang berpusat di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pula bertolak pada pukul 7.00 pagi dengan menaiki sebuah bas. Seramai 12 orang atlet dan 3 orang jurulatih berbasikal dari Pusat Latihan Serantau Ipoh telah bertolak pada pukul 7.00 pagi menaiki van menuju ke destinasi.

Kaunter pendaftaran telah dibuka bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Program dimulakan dengan sesi taklimat kem dan diikuti dengan taklimat  program pelapis oleh En. Azrul Hisyam. Atlet-atlet juga bersolat jemaah bersama-sama di Masjid ILMU pada sesi yang berikutnya
Aktiviti terakhir yang dijalankan pada hari pertama adalah sesi ice breaking oleh MEOST Consultant untuk atlet dan Ceramah Kejurulatihan khas untuk jurulatih di sampaikan oleh En. Ahmad Zawawi Zakaria, Pengarah Cawangan Kejurulatihan MSN.

Aktiviti pertama untuk hari kedua akan dimulakan dengan perhimpunan pagi diketuai oleh Kem Komandan iaitu En. Adnan Mat dari ASZU. Laporan bersambung esok.

   











No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.