Saturday, March 9, 2013

ACC 2013: Laporan harian kejohanan












Tarikh: 8 Mac 2013
Tempat: New Delhi India

Acara hari ini menyaksikan 1 pingat gangsa diperolehi menerusi Mohd Farid Razali didalam acara individu pursuit men junior. Beliau telah berjaya menewaskan pelumba dari Korea dengan catatan masa 3.32.567 dan merupakan catatan rekod baru remaja kebangsaan. 

Bagi acara team pursuit pasukan remaja yang terdiri daripada mohd farid razali ,irwandie lakasek,mohd aele dan muhd afiq huznie telah berjaya melayakkan ke final penentuan pingat gangsa bertemu Korea. Dengan catatan masa yang dibuat 4: 30.563 iaitu ketiga terbaik didalam 8 pasukan bertanding semasa kelayakan.

Pasukan team wanita tidak berjaya melayakkan diri ke final penentuan pingat gangsa yang mana akan berkedudukan tempat kelima. 

Acara sprint lelaki junior mohd firdaus zonis dengan catatan 10.901 dan mohd shah firdaus 11.228 layak ke pusingan kedua setelah berkedudukan ranking kedua dan kelima.

Pelumba elit negara Josiah ng dan Azizul Hasni Awang juga layak ke pusingan kedua.

Berikut adalah keputusan melibatkan pelumba negara pada hari ini.

Team pursuit men elite
Malaysia- 4.30.861 - ranking ke 8.

Team pursuit women elite
Malaysia- 5:08.969-ranking 6

Point race men elit
Sofian nabil omar mohd bakri- DNF

Hari ini 4 acara final akan diadakan. Pasukan negara akan menyertai 2 final tersebut.Berikut adalah pelumba negara yang akan bertanding pada hari ini.

Sprint men elit 2nd round
Josiah ng
Azizul Hasni Awang

Sprint men junior men 2nd round
Mohd firdaus mohd zonis
Muhd shah firdaus

Scratch men elite final 
Sofian nabil omar mohd bakri

Scratch women elite final
Ju pha somnet

Sekian laporan dari Delhi.

Azrain melapor dari Delhi India


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.