
Untuk makluman semua,
Pasukan Junior Malaysia telahpun sampai ke Montichiari pada 08.08.2010(Ahad) setelah mengambil masa hamper 18 jam perjalanan. Keadaan cuaca di sini adalah  sama dengan Malaysia. Tetapi terdapat perbezaan waktu iaitu ITALY lewat 6 jam  dari waktu Malaysia. Atlet semua berada dalam keadaan sihat cuma penatsedikit. Segala urusan rasmi untuk kejohanan  ini akan bermula pada 09.08.2010(Isnin).Jadi hari atlet kita hanya memasang  basikal sahaja.
Para pasukan diberikan jadual latihan trek. Keadaan atlet  semuanya sihat. Jadual latihan dapat dijalankan mengikut waktu yang telah  ditetapkan. Pihak penganjur masih lagi menjalankan proses persiapan terakhir  bagi tujuan kejohanan ini.
Besok 10.08.2010 akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan  dan juga pendaftaran atlet. Kejohanan akan bermula pada 11.08.2010(Rabu) dan segala jadual dan  maklumat kejohanan akan saya berikan selepas mesyuarat pengurus pasukan.
Sekian laporan dari saya
terima kasih
RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN 
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
Monday, August 9, 2010
KEJOHANAN WORLD JUNIORS TRACK CHAMPIONSHIP 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.