Friday, April 8, 2011

KEJOHANAN TERJUN PELAPIS SIRKIT 1/2011





Salam,

Untuk makluman, mulai 08 hingga 10 April 2011 akan berlangsungnya Kejohanan Terjun Sirkit Pelapis 1/2011 di Pusat Akuatik Paroi, Seremban. Program kejohanan dimulakan dengan Mesyuarat Pengurus Pasukan yang telah dipengerusikan oleh En Andy selaku Setiausaha Persatuan Renang Amatur N.Sembilan. Berikut adalah butiran mesyuarat yang telah berlangsung tanpa sebarang isu besar:

Mesyuarat Pengurus Pasukan - Kejohanan Terjun Sirkit Pelapis 1/2011

Tarikh : 08 April 2011
Masa : 3.25 - 3.45pm
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pusat Akuatik Paroi, Seremban
Pengerusi : En Andy (SU Persatuan)
Teknikal Delegates : En Edwin Chong (SU ASUM)


RINGKASAN MESYUARAT

Mesyuarat dipengerusikan Oleh En Andy bersama En Edwin Chong. Secara keseluruhannya jumlah penyertaan pertandingan adalah seramai 27 orang atlet, 8 orang pegawai dan 10 jurulatih menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan adalah seramai 45 orang.

Rumusan mesyuarat yang dapat dibuat pada mesyuarat ini adalah kegusaran En Edwin terhadap kurangnya jumlah penyertaan berbanding tahun sebelumnya. Ini dapat dilihat dalam kategori Wanita U17 dimana hanya seorang sahaja yang mendaftar dalam acara ini. Purata penyertaan bagi setiap kategori lain adalah sebanyak 10 hingga 14 orang bagi kategori bawah 17 dan 2 hingga 6 orang bagi kategori bawah 12. Tiada perkara berbangkit dibangkitkan semasa mesyuarat. Mesyuarat berakhir pada jam 0345.

Esok akan berlangsungnya acara 3M Papan Anjal - Bawah 17 dan 12 tahun.

Sekian, terima kasih.

laporan disediakan oleh:
Nur Ehsan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.