Sunday, December 7, 2014

KEJOHANAN MENEMBAK SEASA 2014 : HARI PERTAMA

HARI PERTAMA (6 DISEMBER 2014)

Kontigen Malaysia yang disertai oleh atlet menembak Pelapis Kebangsaan dan Elit bergerak dari Majlis Sukan Negara (MSN) pada jam 10 pagi.  Pasukan tiba di Singapura pada jam 3 petang dan terus ke lapang sasar Chua Chu Kang untuk proses penyimpanan senjata.  Selesai urusan penyimpanan, kontigen dibawa ke tempat penginapan iaitu Hotel Royal.

Pada jam 9.30 malam satu perjumpaan telah diadakan bersama kedua-dua bahagian dan jam 10 malam pula perjumpaan antara pengurus pasukan, jurulatih, atlet Pelapis Kebangsaan dan Pelapis negeri (Negeri Sembilan) pula diadakan.

Maklumat penyertaan kontigen :-

Pelapis Kebangsaan :
Pengurus pasukan - 1 orang
Jurulatih - 3 orang
Atlet - 13 orang
Pegawai Psikologi - 1 orang

Pelapis Negeri (Negeri Sembilan) :
Jurulatih - 1 orang
Atlet - 3 orang

Pasukan Elit :
Pengurus pasukan - 1 
Jurulatih - 5 orang
Atlet - 22 orang

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.