Wednesday, December 10, 2014

KEJOHANAN ANGKAT BERAT SIRKIT KEBANGSAAN 2014 : MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

8 DISEMBER 2014

Hari ini satu Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi Kejohanan Angkat Berat Sirkit Kebangsaan 2014 yang bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, Sabah telah dijalankan pada pukul 6.00 petang. Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Pang Siew Huat dari Persatuan Angkat Berat Kebangsaan Malaysia. 

Pada kejohanan kali ini sebanyak 11 buah pusat latihan negeri bagi sukan angkat berat dari seluruh Malaysia telah menyertai kejohanan yang akan berlangsung selama 3 hari bermula esok 9 Disember 2014. Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan kali ini iaitu junior dan senior di mana menyaksikan penyertaan dari atlet angkat berat Pelapis Kebangsaan, Pelapis Serantau dan Angkatan Tentera Malaysia . Berikut adalah statistik penyertaan bagi atlet Pelapis Negeri pada kejohanan kali ini:

Kategori Lelaki - 60 orang
Kategori wanita -11 orang
Jumlah - 71 orang

Pada keesokan hari dijadualkan sesi timbang berat badan akan bermula jam 6.00 pagi dan diikuti dengan Majlis Perasmian Kejohanan. Pertandingan akan berlangsung pada jam 10.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 8.00 malam.

LAPORAN OLEH,
ZAIRUL FAIZ ZANUDIN
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.