Tuesday, December 9, 2014

KEM T20 TAEKWONDO 2014 : HARI KEDUA













































































Hari ini telah masuk hari kedua Kem Bakat T20 Sukan Taekwondo 2014 berlangsung di mana atlet dilihat begitu bersemangat melakukan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan. Satu perhimpunan telah diadakan pada pukul 6.30 pagi dengan atlet menyanyikan lagu negaraku dan melakukan sedikit regangan badan sebelum bersarapan pagi.

Pada pukul 9.00 pagi, sesi ujian kecergasan telah dijalankan oleh pihak Institut Sukan Negara (ISN). Sesi ini dijalankan adalah bagi menguji tahap kecergasan para atlet serta kepantasan dalam pergerakan yang dapat digunakan semasa menyertai pertandingan. Antara ujian yang dijalankan adalah seperti berikut:

1.Mengukur berat dan tinggi
2.Sit & Reach
3.Standing Board Jump
4.Vertical Jump
5.1 minute push up
6.1 minute sit up
7.10m sprint test
8.Yoyo Test

Pada sebelah petang atlet menjalani latihan yang telah dikendalikan oleh Jurulatih khas T20 iaitu En. Benjamin Raj dan dibantu oleh jurulatih-jurulatih negeri. Latihan lebih tertumpu kepada teknik-teknik dan kepantasan pergerakan para atlet. Pada sebelah malam satu aktiviti berkumpulan telah dijalankan pada sebelah malam yang telah dikendalikan oleh En.Suhaimi iaitu Pegawai Pembangunan Negeri.

LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.