Wednesday, December 17, 2014

AUDIT PENGURUSAN PROGRAM & PEMANTAUAN PLN USPTN W.P LABUAN 2014

Hari ini 16 Disember 2014 satu pemantauan telah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemantauan Pusat Latihan Negeri dan Audit Fail USPTN Labuan dilakukan adalah bagi mengemaskini dan membuat penambahbaikan pada masa akan datang. Audit 8 fail telah bermula pada sebelah petang dan pada sebelah malam sesi pemantauan telah diteruskan di Pusat Latihan Tinju. Berikut adalah ulasan semasa audit dan pemantauan sukan dilakukan:

Maklumat Atlet
Maklumat atlet kebanyakan tidak lengkap dan fail tidak disusun dengan kemas dan rapi. Biodata atlet tidak dikemaskini untuk tahun 2014 dan kebanyakan biodata tidak mempunyai gambar atlet. 

Maklumat Jurulatih
Maklumat jurulatih adalah lengkap dan telah dikemaskini pada tahun semasa iaitu 2014. Namun fail jurulatih perlu disusun kemas dan ditanda mengikut sukan masing-masing.

Maklumat Pusat Latihan
Maklumat pusat latihan juga lengkap beserta gambar dan telah ditandakan mengikut sukan. Sebanyak 5 maklumat pusat latihan iaitu memanah, olahraga, tinju, lawn bowls dan angkat berat telah difailkan.

Inventori Peralatan
Maklumat inventori peralatan adalah lengkap namun tidak disusun mengikut tahun. Borang-borang penerimaan barang telah bercampur mengikut tahun di dalam satu fail. Teguran telah diberikan agar mengasingkan setiap fail mengikut tahun masing-masing.

Laporan bulanan Jurulatih
Laporan bulanan jurulatih telah dihantar mengikut bulan dan tiada masalah bagi laporan jurulatih ini. Semua maklumat laporan adalah lengkap dan bayaran elaun jurulatih juga dibayar setelah laporan diterima oleh pihak USPTNWP Labuan.

Data Sains Sukan
Tiada maklumat data sains sukan telah disimpan kerana jurulatih tiada ujian dari ISN dan jurulatih dilakukan ke atas semua sukan di bawah PLN di Labuan.

Takwim Kejohanan
Takwim kejohanan adalah lengkap bagi semua sukan namun beberapa teguran telah dibuat agar fail ini dikemaskini mengikut sukan dan tersusun dengan lebih rapi.

Maklumat Periodisasi
Tiada maklumat periodisasi yang disimpan pada tahun ini dan teguran telah dibuat agar bengkel periodisasi dilakukan pada tahun ini bagi persediaan tahun 2015.

PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN NEGERI

Sukan Tinju
Masa :7.00 mlm
Tempat : Art Martial Equipment
Atlet : 9 orang

Satu pemantauan telah dilakukan dimana PLN Tinju telah berkongsi dengan 3 sukan yang lain iaitu Muay Thai, Silat, Dan Karate namun berbeza dari segi masa dan sesi latihan. Tiada masalah yang dibangkitkan dan jurulatih memohon bantuan bagi peralatan barang seperti glove dan head gear. Kehadiran atlet adalah konsisten dan atlet tiada masalah untuk berlatih pada waktu malam.

Pemantauan sukan akan bersambung pada keesokan hari di 4 buah pusat latihan iaitu memanah, olahraga, angkat berat dan lawn bowl.
LAPORAN OLEH,
DINIE SUHAMI
PENGURUS SUKAN PELAPIS NEGERI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.